Desas desus mengenai pilihan raya umum semakin kencang apabila isu pembahagian kerusi mula dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) malam ini.
Seorang ahli MPT memberitahu Astro AWANI, hasil keputusan mesyuarat berkenaan akan diperhalusi lagi sebelum dibawa ke mesyuarat rundingan dengan PAS dan UMNO pada tarikh yang akan ditentukan kelak.
Selain itu, jelasnya lagi, kebanyakan kerusi yang menjadi perbincangan melibatkan kawasan majoriti Melayu di Semenanjung.
“Mesyuarat tadi lebih ke arah persediaan menghadapi PRU, dan rundingan kerusi kerusi (Parlimen dan Dewan Undangan Negeri) yang akan dipertandingkan antara PAS, UMNO, dan Bersatu..
“Ini berkaitan dengan kerusi di Semenanjung, yang melibatkan majoriti Melayu,” katanya lagi.
Terdahulu, Presiden Bersatu yang juga Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Ibu Pejabat Bersatu di Menara Yayasan Selangor, di sini, kira-kira 8.30 malam Selasa.
Turut kelihatan hadir calon tunggal Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, serta beberapa Menteri Kabinet yang juga ahli MPT seperti Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof; Dr Radzi Jidin dan Datuk Seri Rina Harun.
Media difahamkan, mesyuarat itu dimulai dengan mesyuarat pre council, disusuli mesyuarat MPT yang kedua-duanya dipengerusikan Muhyiddin sendiri.
Sementara itu, ahli MPT berkenaan memberitahu Astro AWANI, mereka juga berharap kerusi yang Bersatu menangi pada PRU lepas akan dikekalkan kepada parti itu mengikut konsep ‘gentleman's agreement’.
“Kita berharap formula yang akan diguna pakai adalah pengekalan jumlah kerusi yang ditandingi parti masing-masing pada PRU lepas, atau ada beberapa kerusi Parlimen yang mungkin akan ditukar suka sama suka mengikut kesesuaian,” katanya lagi.
Dalam pada itu, katanya antara isu lain yang dibincangkan dalam mesyuarat itu adalah membabitkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim serta masalah dalaman parti yang berkaitan keahlian.
Firdaus Azil
Tue Jul 21 2020

kebanyakan kerusi yang menjadi perbincangan malam ini melibatkan kawasan majoriti Melayu di Semenanjung.

Dakwa Pulau Pinang milik Kedah: Sanusi nafi desak pinda Perlembagaan Persekutuan
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan dakwaan bahawa beliau mendesak agar Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi mengembalikan Pulau Pinang kepada Kedah.

Rangkaian 5G capai 62.1 peratus liputan setakat akhir Mei 2023 - Fahmi
Rangkaian 5G negara mencapai 62.1 peratus liputan kawasan berpenduduk (CoPA) setakat 31 Mei, 2023 melibatkan 5,058 tapak, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Peniaga pakaian didakwa buat hantaran hina Islam
Seorang peniaga pakaian mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan membuat hantaran menghina Allah, nabi dan agama Islam di laman sosial Facebook.

Empat atlet Perak bawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Khas Dunia
Empat atlet dari Negeri Perak antara yang akan mewakili negara pada Sukan Olimpik Khas Dunia yang berlangsung di Berlin, Jerman pada 17 hingga 25 Jun ini.

13 kontena terbakar di Pelabuhan Klang
Sebanyak 13 kontena mengandungi bahan mudah terbakar jenis aerosol musnah dalam kebakaran di kawasan kontena milik Northport (Malaysia) Bhd dekat Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, pagi tadi.

Pelukis Francoise Gilot meninggal dunia
Gilot menderita penyakit jantung dan paru-paru.

Kaherah bakal menjadi tuan rumah untuk Forum Urban Sedunia ke 12 (WUF12)
Pemilihan itu diumumkan dalam satu sidang media di Perhimpunan UN-Habitat di Nairobi, Kenya.

Dakwaan Empangan Chereh pecah tidak berasas
Tidak ada laporan dari mana-mana pihak berkaitan termasuk penduduk setempat dan Kerajaan Negeri Pahang mengenai perkara tersebut.

Lima sekeluarga ditahan kerana miliki pistol, dadah
Lima sekeluarga termasuk dua pelajar sekolah ditahan kerana memiliki dadah dan sepucuk pistol dalam serbuan di Kampung Takang, Tawang, Bachok.

Kenyataan Anwar bahawa Singapura guna OPR tidak benar - Dr Mahathir
Dr Mahathir menjelaskan, Monetary Authority of Singapore (MAS) tidak ada dasar OPR sejak tahun 1980an lagi.

PRN Terengganu: Pembahagian kerusi Pas, Bersatu diputuskan dua hari lagi
Pihak terlibat masih dalam perbincangan berhubung pembahagian itu, namun PAS Terengganu bersedia memberi laluan kepada Bersatu untuk bertanding di beberapa kerusi.

Hanya pertukaran biasa, tiada isu - Eddin Syazlee
Menurutnya, tumpuannya kini adalah gerak kerja parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri tidak lama lagi.

AGC akan bantah permohonan Bersatu supaya empat kerusi Parlimen Sabah dikosongkan
Jabatan Peguam Negara akan membantah permohonan Bersatu untuk dapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman terhadap Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul dan empat ahli Parlimen Sabah.

Permohonan Muhyiddin batalkan empat tuduhan rasuah RM232.5 juta ditetapkan 11 Julai
Muhyiddin mohon supaya dilepas dan dibebaskan daripada keempat-empat pertuduhan yang dikenakan terhadapnya pada 10 Mac lalu.

Bersatu dapat kebenaran cabar pembekuan akaun, larangan perjalanan Muhyiddin
Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malay

PRN: Calon Bersatu daripada semua sayap parti - Ahmad Faizal
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan memastikan calon yang bertanding di enam negeri terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun ini dipilih daripada semua sayap parti itu.

Perlu lebih masa sebelum sertai mana-mana parti politik - KJ
Khairy menjelaskan, sekiranya mahu menyertai mana-mana parti politik, beliau akan memilih dengan rela hati kerana ia mewakili pendiriannya.

Penyertaan KJ nilai tambah kepada parti - MPT Bersatu
Bekas Menteri Kesihatan itu disifatkan sebagai layak untuk mendapat tempat dalam barisan MPT mana-mana parti.

Khairy Jamaluddin ditawar Ahli MPT Bersatu - Muhyiddin
Khairy Jamaluddin sudah ditawarkan memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kata Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bersatu tangguh pemilihan bahagian, MPT kecuali cawangan
MPT Bersatu bersetuju agar pemilihan bahagian dan MPT kecuali cawangan ditangguhkan tidak lebih daripada tempoh 18 bulan mengikut fasal 14.