awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Banyak kerja jahat dibongkar jika mereka nak lihat saya digari, berbaju oren' - Sanusi

Hilmi Malik
Hilmi Malik
26/07/2023
23:00 MYT
'Banyak kerja jahat dibongkar jika mereka nak lihat saya digari, berbaju oren' - Sanusi
Sanusi turut menyifatkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu jauh lebih kejam berbanding zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad. - Foto fail/Astro AWANI
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor bertekad untuk mendedahkan lebih banyak isu salah guna kuasa sekiranya kerajaan ketika ini berhasrat untuk melihat beliau ditahan Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sanusi yang juga calon bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri itu berkata, kerajaan ketika ini menggunakan kuasa untuk memberikan tekanan terhadap dirinya dan pentadbiran negeri Kedah.
Malah, beliau turut menyifatkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu jauh lebih kejam berbanding zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ujarnya, Kedah tidak pernah berdepan dengan situasi di mana kesemua barisan Exco dipanggil SPRM untuk memberikan keterangan.
Beliau berkata demikian bagi merujuk isu siasatan terhadap Penerokaan unsur nadir bumi (REE) dan pembinaan litar lumba di negeri berkenaan.
“Isu REE telah menjalani semua proses siasatan termasuk kompaun RM500,000 dan bukan tidak pernah langsung disiasat.
“Kompaun pun sudah dibayar tetapi mereka masih tidak puas hati dan terus buat tangkapan kerana sengaja nak berikan gambaran ada kesalahan besar yang berlaku serta menimbulkan persepsi kerajaan negeri Kedah tidak bersih.
“Hasrat mereka yang paling besar untuk pastikan Sanusi pakai gari, pakai baju oren (lokap SPRM)… saya yakin aka nada kebangkitan lebih besar di seluruh negara kerana saya akan bongkar semua kerja jahat ini jika mereka berani pakaikan saya baju oren,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon-Calon Perikatan Nasional (PN) di Kompleks Pas Kedah pada Rabu.
Dalam pada itu, Sanusi turut menegaskan pendirian untuk mengambil tindakan saman terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung dua kes fitnah.
Tindakan saman tersebut adalah berhubung isu dana Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) dan kecurian REE.
Topic Berkaitan
#Sanusi Md Nor
#REE
#PRN15
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan