awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Banyak lagi kerja Menteri Pendidikan'

Sinar Harian
Sinar Harian
05/09/2018
09:32 MYT
'Banyak lagi kerja Menteri Pendidikan'
KHAIRY JAMALUDDIN: Tak ada orang lain nak dilantik sebagai Presiden UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)? -Gambar fail
'Tak ada orang lain nak dilantik sebagai Presiden UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)?'
Demikian soal bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar selepas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dilantik sebagai Presiden UIAM, semalam.
Soal Khairy, adakah Maszlee yang sebelum ini merupakan pensyarah di Jabatan Sains Politik Kuliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan universiti berkenaan mahukan jawatan tersebut.
“Menteri sendiri nak juga jawatan ini? Banyak lagi kerja perlu dibuat sebagai Menteri Pendidikan Malaysia,” tulis Khairy di Twitter miliknya, hari ini.
Saya cadangkan @maszlee menolak pelantikan diri sendiri sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa @IIUMOnline. Banyak lagi kerja perlu dibuat sebagai Menteri Pendidikan Malaysia.
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) September 5, 2018
Semalam, Kesatuan Kakitangan Akademik (ASA) UIAM menerusi Facebook, mengucapkan tahniah atas pelantikan Maszlee sebagai presiden universiti itu bagi menggantikan Tan Sri Rais Yatim yang tamat kontrak pada Julai lalu.
Pelantikan itu bagaimanapun mendapat reaksi negatif pelbagai pihak selepas ia bertentangan dengan kenyataan Maszlee sebelum yang berjanji akan memastikan universiti tidak disalah guna untuk kepentingan politik, termasuk oleh dirinya.
Dalam pada itu, Khairy yang merupakan Ahli Parlimen Rembau mencadangkan supaya Maszlee melepaskan jawatan berkenaan.
“Saya cadangkan @maszlee menolak pelantikan diri sendiri sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa @IIUMOnline,” katanya.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Maszlee Malik
#Pemuda UMNO
#pendidikan
#Presiden UIAM
#Rais Yatim
#UIAM
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan