awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gempa bumi sederhana landa Selatan Sumatera, Indonesia
Amaran ribut petir, hujan lebat di lima negeri hingga 11 pagi ini
Belia perlu kekal aktif rohani dan jasmani - Dr Mohammed Taufiq
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belum dapat ilham untuk bubar Parlimen - Ismail Sabri

Bernama
Bernama
26/09/2022
00:15 MYT
Belum dapat ilham untuk bubar Parlimen - Ismail Sabri
Ismail Sabri ketika bercakap pada sidang media di akhir lawatan kerja empat hari ke New York, 25 Sept 2022. --fotoBERNAMA
NEW YORK: Ketika spekulasi mengenai tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 semakin kencang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob belum membuat keputusan bila beliau akan membubarkan Parlimen.
Perdana Menteri berkata sebarang keputusan mengenai tarikh pembubaran Parlimen bergantung kepada perbincangan dalam kalangan pemimpin tertinggi UMNO pada 30 Sept ini.
"Pada 30 hari bulan, petang ada (mesyuarat) Top 5 dan biro politik, malam ada MT (Mesyuarat Tertinggi). Jadi kita tunggulah," katanya pada sidang media di akhir lawatan kerja empat hari ke Amerika Syarikat.
Ismail Sabri, yang juga Naib Presiden UMNO, berkata beliau belum mendapat maklumat mengenai agenda mesyuarat MT UMNO.
"Saya pun tak tahu apa agenda MT dan sebagainya. Jadi malam tu lah kita akan bincang," katanya.
Top 5 merujuk kepada Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden UMNO.
Ditanya sama ada beliau sudah mendapat ilham bila akan membubarkan Parlimen semasa berada di bandar raya ini dan adakah ia semakin dekat, Ismail Sabri menjawab "belum lagi."
"Saya berjalan di sekitar Central Park dan kagum dengan bagaimana kawasan hijau seluas 832 ekar di tengah-tengah bandar raya ini dikekalkan dan dipulihara," katanya.
Perdana Menteri berkata, jika di Malaysia, pasti akan ada cadangan di atas meja beliau untuk membangunkan kawasan seumpama itu.
"Saya mendapat inspirasi bagaimana untuk memulihara kawasan hijau kita. Namun untuk pilihan raya, saya tidak mendapat apa-apa inspirasi," katanya sambil tersenyum.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#bubar parlimen
#Top 5 UMNO
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan