awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua maut dalam nahas tiga kenderaan di Jalan Puncak Borneo
[KEMAS KINI] Tuduhan rasuah RM2.8 juta: Bung Moktar dilepaskan, kes Zizie Izette diteruskan
Ketua PBB kecam tindakan Israel “ceroboh” pusat kesihatan UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bendera 'Sang Saka Bangsa' berkibar di WTC, bermulanya PAU 2025

Astro Awani
Astro Awani
16/01/2026
02:10 MYT
Bendera 'Sang Saka Bangsa' berkibar di WTC, bermulanya PAU 2025
Upacara menaikkan bendera bermula jam 8.20 pagi dengan nyanyian lagu Wanita UMNO, diikuti Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO, yang disempurnakan oleh ketua-ketua sayap masing‑masing.- Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Tirai Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 dibuka secara simbolik dengan pengibaran bendera keramat parti, ‘Sang Saka Bangsa’, yang berkibar megah di perkarangan Plaza Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, pada pagi Jumaat.
Upacara menaikkan bendera bermula jam 8.20 pagi dengan nyanyian lagu Wanita UMNO, diikuti Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO, yang disempurnakan oleh ketua-ketua sayap masing‑masing.
Pengibaran ‘Sang Saka Bangsa’ kemudiannya disempurnakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diiringi Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan serta Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, diiringi nyanyian lagu parti ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’.
Turut hadir menyaksikan detik bersejarah itu ialah Ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), barisan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, serta para perwakilan dari seluruh negara.
Majlis turut disusuli sesi bergambar melibatkan kepimpinan MKT UMNO, Wanita UMNO, Pemuda UMNO, Puteri UMNO, Skuad Sabil, Skuad Sayang 3K Kebangsaan dan Sekolah Patriotik UMNO yang mengambil bahagian dalam acara perbarisan.
PAU 2025, yang bermula 14 Januari menerusi perasmian Perhimpunan Agung sayap-sayap parti, menghimpunkan perwakilan daripada 191 bahagian di seluruh negara.
Upacara menaikkan ‘Sang Saka Bangsa’ menjadi pembuka tirai kepada Ucapan Dasar Presiden sebelum persidangan diteruskan dengan sesi perbahasan para perwakilan sehingga 17 Ogos ini.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Perhimpunan Agung UMNO
#bendera Sang Saka Bangsa
#PAU 2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan