SEMUA parti politik dan bakal calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) disarankan agar berhati-hati serta memahami kesalahan dan hukuman pilihan raya khususnya berkaitan aktiviti kempen pilihan raya yang berunsur rasuah dan salah guna kuasa seperti tertakluk pada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR 1954), Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Kanun Keseksaan (KK) dan Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009).
Undang-undang AKPR 1954 agak ketat, tetapi malangnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan (enforcement) termasuk tidak boleh menjalankan siasatan, denda terhadap calon atau sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang pilihan raya.
Walau bagaimanapun, undang-undang sedia ada masih membolehkan SPRM, PDRM dan SKMM mengambil tindakan tegas terhadap amalan rasuah, salah guna kuasa dan kesalahan-kesalahan yang berkaitan, menjelang pilihan raya umum, apabila ada laporan.
Ramai ahli politik yang hendak menjadi calon mungkin tidak perasan bahawa peruntukan AKPR 1954 mengandungi semua bentuk kesalahan rasuah dan salah guna kuasa yang jelas iaitu Seksyen 8 (penjamuan), Seksyen 9 (pengaruh tidak wajar), Seksyen 10 (rasuah) semasa atau selepas tempoh pilihan raya dan hukumannya boleh dipenjara hinggalah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat dan hak mengundi.
Kesalahan tawar makanan dan minuman
Setiap calon boleh dianggap melakukan rasuah dengan menawarkan makanan atau minuman kepada pengundi kerana tindakan tersebut menunjukkan penghargaan kepada pengundi, lebih-lebih lagi apabila calon itu mempunyai hasrat supaya mengundi dirinya. Petikan Seksyen 8 adalah seperti berikut: -
“...dan tiap-tiap pemilih atau pengundi yang, secara rasuah menerima atau mengambil apa-apa makanan, minuman, atau makanan atau minuman ringan atau bekalan itu atau mana-mana wang atau tiket itu atau yang menggunakan apa-apa cara atau tipu daya lain itu untuk membolehkan makanan, minuman, makanan atau minuman ringan atau bekalan itu didapatkan bersalah atas kesalahan menjamu.”
Kata kuncinya adalah ‘secara rasuah’, mempunyai niat dengan memberi makanan atau minuman yang ditawarkan tersebut. Sudah tentu modus amalan sebegini kerap berlaku dalam politik Malaysia.
Kesalahan pengaruh tidak wajar
Seksyen ini merujuk kepada “pengaruh yang tidak wajar” yang boleh menjadi kesalahan jika seseorang menggunakan kekerasan atau keganasan atau menghalang sehingga memaksa seseorang mengundi dengan cara tertentu, atau tidak mengundi langsung. Kesalahan Seksyen 9 ini sebaik-baiknya diambil tindakan oleh PDRM.
Kesalahan rasuah
Calon atau sesiapa sahaja dilarang melakukan rasuah dengan menawarkan ‘pembelian undi’ sama ada secara langsung atau tidak langsung seperti memberi atau menawarkan wang, hadiah, pekerjaan, atau pinjaman ketika proses pilihan raya (Seksyen 10).
Politik wang tidak ada toleransi justeru tidak harus berlaku pada mana-mana parti politik. Untuk mengatasi masalah yang rumit ini, kerajaan perlu memperkenalkan Akta Pembiayaan Dana Politik. Akta ini dapat dijadikan panduan untuk membezakan di antara dana politik dengan sumbangan kepada parti atau ahli politik yang boleh dikategorikan sebagai rasuah.
Had perbelanjaan pilihan raya
Satu lagi perkara yang perlu diambil maklum oleh semua parti politik adalah mengetahui had perbelanjaan semasa pilihan raya.
Mengikut Seksyen 19 akta ini, had maksimum perbelanjaan masa pilihan raya adalah RM150,000 bagi setiap kerusi negeri dan RM200,000 bagi kerusi Parlimen. Had ini sangat kecil jika dilihat pada perbelanjaan kempen pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.
Laporan perbelanjan calon pilihan raya
Laporan perbelanjan calon pilihan raya kepada SPR dalam tempoh sebulan selepas pilihan raya diwartakan tidak dilaksankan oleh mana-mana parti politik
Pinda Undang-undang
AKPR 1954 perlu dipinda untuk memastikan SPR bukan lagi sebuah organissai yang tidak bertaring tetapi lebih relevan mengikut peredaran masa, di antaranya: -
• Memberi kuasa “penguatkuasaan” kepada SPR untuk mengambil tindakan kepada calon, ejen atau parti politik yang melanggar AKPR 1954 atau yang berkaitan;
• Had perbelanjaan pilihan raya perlu dikaji semula untuk mengelakkan kesalahan dari segi perbelanjaan proses pilihan raya dilakukan;
• Diberi kuasa untuk mengaudit untuk memastikan jumlah yang dibenarkan untuk berbelanja itu memang benar-benar digunakan dalam kempen pilihan raya.
• Kuat kuasanya laporan perbelanjan perlu dikemukakan oleh calon pilihan raya kepada SPR dalam tempoh sebulan selepas pilihan raya diwartakan.
Parti politik hendaklah mengamalkan proses politik yang berintegriti dan memberi perhatian khusus kepada aktiviti yang dianggap sebagai ‘perbelanjaan undi’ yang berlaku sebelum, semasa atau selepas proses pilihan raya.
Hukuman di bawah (AKPR 1954)
Di dalam keempat-empat kesalahan di atas (Seksyen 8, Seksyen 9 dan Seksyen 10), pesalah boleh dipenjara maksimum dua tahun, denda hingga RM5,000, dibatalkan kelayakan sebagai wakil rakyat serta kehilangan hak mengundi selama lima tahun.
Mana-mana kesalahan rasuah boleh juga didakwa di bawah Akta SPRM 2009 yang mana denda lebih tinggi dan tempoh pemenjaraan lebih panjang.
Hukuman (Akta SPRM 2009)
Akta ini memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, Jika sabit kesalahan.
- Gagal Melapor pemberian, janji atau tawaran
Jika sekiranya gagal melapor pemberian, janji atau tawaran rasuah di bawah Seksyen 25 (1) dan (2) Akta SPRM 2009 akan dikena denda tidak lebih RM100,000 dan penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali:
- Gagal Melapor permintaan atau memperolehi
Sementara itu, apabila gagal melapor permintaan atau memperolehi suapan di bawah Seksyen 25 (3) dan (4) Akta SPRM 2009 akan didenda tidak lebih RM10,000 dan penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Jangan lupa melaporkan amalan 1-800-88-6000 atau di sini.
Semua calon dan penyokong perlu menjalankan kempen dalam skop undang-undang dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) manakala agensi-agensi penguatkuasaan terus menguatkuasakan undang-undang untuk melindungi proses demokrasi bagi membolehkan pilihan raya berjalan dengan bebas, bersih, adil dan berwibawa.
Mengikut teori demokrasi, salah satu mekanisme rakyat boleh membendung tingkah laku elit rasuah ialah pilihan raya.
Selepas pilihan raya ini, parti yang menang diharapkan dapat membentuk sebuah kerajaan yang berintegriti, stabil dan terus bersama-sama rakyat memerangi rasuah yang masih beleluasa demi masa depan negara dan generasi akan datang.
Rasuah adalah ibu segala kegiatan jenayah dan kejahatan.
* Datuk Seri Akhbar Satar adalah Pemegang Kursi Profesor Institut Jenayah & Kriminologi, Universiti HELP
* Artikel ini merupakan pandangan peribadi berdasarkan bidang kerjaya penulis, dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Akhbar Satar
Wed Oct 12 2022
Undang-undang AKPR 1954 agak ketat, tetapi malangnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai kuasa untuk menguatkuasakannya (enforcement). - Gambar hiasan
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Akta Parlimen Berpenggal tidak mudah untuk dilaksanakan - Wan Junaidi
Akta Parlimen Berpenggal hanya menjejaskan sedikit kedudukan Perdana Menteri seperti budi bicara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mencadangkan pembubaran Parlimen.
Naratif Islam terancam berjaya tarik undi orang Melayu - Mat Sabu
Naratif Islam terancam dan kedudukan orang Melayu tidak terjamin jika memilih PH menyebabkan beberapa pemimpin utama parti itu tewas pada PRU yang lalu.
Rayuan petisyen pilihan raya Parlimen Masjid Tanah didengar 16 Feb
Rayuan calon BN terhadap keputusan mahkamah menolak petisyen dikemukakannya bagi membatalkan kemenangan Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada PRU15 didengar 16 Feb.
Bekas calon Warisan mengaku tidak bersalah tipu urusan pembalakan
Azman Idris, 55, didakwa memperdayakan Chin Yet Lun, 37, dalam urusan pembalakan yang tidak wujud sehingga mangsa menyerahkan wang sebanyak RM171,500 ke dalam dua akaun bank tertuduh.
Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
PM tekad akan terus banteras amalan rasuah dalam pentadbiran
Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga dengan prestasi yang ditunjukkan kepimpinan Kerajaan Perpaduan dalam menghentikan amalan rasuah serta salah guna kuasa.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.