KUALA LUMPUR: Datuk Wan Saiful Wan Jan menegaskan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mengikut proses sewajarnya bagi menjawab tuntutan Barisan Nasional (BN) terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau yang baharu meletak jawatan sebagai bekas Ketua Penerangan Bersatu berkata, tindakan Barisan Nasional (BN) menghantar surat tuntutan (LOD) itu sebagai regresif dan menindas.
“Saya tidak pasti sama ada tuntutan itu sudah diterima atau belum, tetapi pengumuman (tuntutan) itu telah dibuat.
“Pihak kita sudah pasti akan jawab ikut proses yang biasa dan bagi saya, ini adalah usaha untuk 'senyapkan' mereka yang mengkritik kerajaan dengan menggunakan saluran perundangan. Satu perkara yang regresif dan menindas.
“Dahulu ramai tokoh politik bantah apabila dilaksanakan Operasi Lalang, sekarang lebih kurang sama, sikit-sikit kena panggil,” katanya kepada Sinar Harian selepas program Sinar Live di bangunan Parlimen pada Selasa.
Media pada Isnin melaporkan, BN mendesak Muhyiddin dan Mohamed Azmin menarik balik dan memohon maaf secara terbuka kerana menuduh Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai lalang dan perancang pertuduhan kes rasuah melibatkan Wan Saiful.
Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh mendakwa, kes kluster mahkamah melibatkan pemimpin Bersatu didalangi Ahmad Zahid yang dipercayai antara usaha BN dan Pakatan Harapan (PH) untuk melumpuhkan parti itu setelah melihat sokongan kepada Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) semakin kuat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pada 21 Febuari lalu, Wan Saiful mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan kes rasuah bagi projek Central Spine Road (CSR) bernlai RM232 juta tahun lalu.
Artikel ini diterbitkan di portal Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Feb 28 2023
Pada 21 Febuari lalu, Wan Saiful mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan kes rasuah bagi projek Central Spine Road bernlai RM232 juta tahun lalu. - Foto Sinar Harian
Nahas helikopter Lumut: Joanna seorang penyayang, sentiasa dahulukan keluarga
Sedih dan muram namun reda, itu yang dapat dilihat pada wajah ahli keluarga mendiang Joanna Felicia Rohna sejurus mendapat perkhabaran duka tragedi pemergiannya pada pagi Selasa.
Meta tawarkan sistem operasi yang menguasakan Quest kepada pengeluar lain
Ini sekali gus menjadikan Horizon OS akan menerajui arena set realiti maya, lebih kurang seperti Android yang menguasakan telefon pintar.
Nahas helikopter Lumut: Sepupu suami pelakon Eyra Hazali turut terkorban
Pelakon Eyra Hazali memaklumkan salah seorang mangsa nahas helikopter melibatkan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berlaku di Lumut pagi tadi merupakan ahli keluarganya.
Penggunaan ‘wilayah’ bagi Sarawak bertepatan dengan MA63
Penggunaan wilayah bagi merujuk Sarawak menggantikan negeri adalah bertepatan kerana di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Sarawak diiktiraf sebagai wilayah dan bukannya negeri.
Nahas helikopter Lumut: Salah seorang mangsa anak jati Bukit Kepong
Komander Muhamad Amir Mohamad, Pegawai Memerintah Skuadron 502 TLDM yang berpangkalan di Lumut merupakan anak jati Bukit Kepong.
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual
Sejumlah 2,300 kilogram (kg) jongkong emas bernilai RM585 juta telah dijual hasil perlombongan emas di Bukit Mantri, Tawau yang mula beroperasi pada 2018.
RM651 juta pampasan dibayar kepada pemilik tanah
Sebanyak RM651 juta jumlah pampasan telah dibayar kepada 1,591 pemilik tanah dan struktur yang terlibat dalam pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.
Jabatan Perhutanan Sabah kutip hasil RM155.32 juta pada 2023
Jabatan Perhutanan Sabah berjaya mengutip hasil sebanyak RM155.32 juta pada 2023, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Tak sangka Farah dalam helikopter terhempas'
Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy adalah antara mangsa terkorban dalam nahas pesawat di Pangkalan TLDM Lumut pada Selasa.
Australia mahu perkukuh hubungan dengan Sabah
Australia berminat untuk mengukuhkan hubungan sedia ada dengan Sabah, selain melihat kepada peluang perdagangan baharu.
Wan Saiful sendiri minta 'habuan', jumpa saya dan MP Gua Musang - Zulkafperi
Beliau mendakwa Wan Saiful turut berjumpa dengannya untuk mendapatkan penjelasan dan pengesahan berhubung peruntukan yang diterima.
Tiga Ahli Parlimen PN berdepan hukuman berat - Speaker Dewan Rakyat
Johari beri peringatan semua isu politik mesti dibahaskan, didebatkan dan dipertarungkan di pentas luar, bukan di Dewan Rakyat.
Parlimen: Wan Saiful dedah MP Gua Musang, Tanjong Karang jadi 'ejen pemujuk' kerajaan
Beliau mendedahkan individu itu sebagai Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi.
Wan Saiful dakwa 'dikacau ganggu' oleh SPRM
Gangguan tersebut diterima selepas kenyataannya ketika perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada 28 Februari lalu.
Lapor kes rasuah tidak langkau imuniti Ahli Parlimen - MCW
Pada masa sama, SPRM juga boleh bertindak pro-aktif mengambil butiran maklumat berkaitan, secara berjumpa terus dengan mana-mana individu.
Pertemuan dengan Speaker perkara biasa di Dewan Rakyat - Fahmi
Kerajaan hanya ingin memberi maklum balas dan berkongsi idea dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat berhubung perkara yang berlaku di dalam dewan.
Di mana Wan Saiful ketika wartawan Al-Jazeera dihalau dari Malaysia? - Fahmi
Fahmi berkata Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional itu pernah berdiam diri ketika wartawan Al-Jazeera dihalau dari Malaysia pada 2020.
Dewan Rakyat: Wan Saiful mohon maaf, usul gantung enam bulan ditarik balik
Beliau telah menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf pada 29 Februari lepas namun sekali lagi berbuat demikian di Dewan Rakyat pada Selasa.
Dewan Rakyat: Kerajaan akan usul penggantungan enam bulan terhadap Wan Saiful
Usul itu akan dikemukakan selepas sesi soalan jawab lisan yang dijangka tamat kira-kira jam 12 tengah hari.
SPRM beri tempoh seminggu kepada Wan Saiful
SPRM memberikan tempoh seminggu kepada Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan untuk tampil membuat laporan berhubung pendedahan bahawa beberapa individu menawarkan ganjaran kepadanya.