PETALING JAYA:Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuat ketetapan pilihan raya umum (PRU) hanya wajar dilaksanakan apabila perkembangan pandemik COVID-19 berada pada tahap yang lebih baik dan terkawal.
Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan dalam satu kenyataan malam tadi berkata, agenda utama Bersatu ketika ini adalah untuk menumpukan segala usaha serta tenaga bagi menangani pandemik COVID-19 dan memulihkan semula ekonomi negara.
Beliau berkata, Bersatu komited untuk terus memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat, khususnya dalam menghadapi penularan pandemik COVID-19 dan bencana banjir ketika ini.
“Tindakan beberapa pihak yang terus menerus melakukan percaturan politik dalam keadaan rakyat sedang melalui dugaan besar adalah sesuatu yang tidak tepat pada masanya,” katanya lagi.
Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu selesai membuat mesyuarat tergempar yang berlangsung hampir tiga jam di Menara Yayasan Selangor, malam ini.
Mesyuarat itu dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden Bersatu, dan turut dihadiri kesemua ahli MPT yang lain.
Wan Saiful berkata, sebagai parti yang mempelopori pembentukan kerajaan Perikatan Nasional, Bersatu beriltizam untuk terus mempertahankan kerjasama politik yang telah dipersetujui bersama parti-parti dalam kerajaan Perikatan Nasional dengan berpaksikan kepada agenda penyatuan ummah dan perpaduan seluruh rakyat.
Tegasnya lagi, ianya akan diteruskan dengan adil dan saksama bagi menjamin kesejahteraan rakyat yang terdiri daripada semua lapisan agama, bangsa dan budaya.
“Bersatu juga menyeru supaya semua pihak menunjukkan keikhlasan dan menzahirkan kesungguhan melalui disiplin organisasi yang tinggi bagi memastikan kerjasama politik yang telah diwujudkan melalui Perikatan Nasional dapat terus dihormati dan dipelihara.
“Dalam konteks parti Perikatan Nasional, Bersatu akan terus memperkukuhkan kerjasama politik bersama parti-parti anggota Perikatan Nasional yang lain iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP),” katanya lagi.
Selain itu, Wan Saiful berkata, parti memutuskan untuk memberi fokus terhadap pembinaan kekuatan parti melalui amalan politik khidmat dan politik prihatin, serta mengarahkan seluruh jentera untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat yang memerlukan.
Beliau berkata, mesyuarat juga bersetuju untuk menganjurkan siri 'Jelajah Bersatu 2021' dalam masa terdekat untuk memberi penerangan berkenaan isu-isu semasa.
Firdaus Azil
Wed Jan 06 2021
Wan Saiful berkata, agenda utama Bersatu ketika ini adalah untuk menumpukan segala usaha serta tenaga bagi menangani pandemik COVID-19 dan memulihkan semula ekonomi negara. - Gambar fail
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
Sokong PM: Bersatu ambil tindakan terhadap 7 wakil rakyat selepas Aidilfitri
Perkara dilakukan mereka bertentangan dengan dasar dan perlembagaan parti yang memungkinkan kerusi mereka dikosongkan.
Kes rasuah, pengubahan wang haram Adam Radlan: Bekas pengurusan JPM, MoF akan dipanggil
Bekas pengurusan tertinggi JPM dan MoF adalah antara 47 saksi pendakwaan yang akan dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram Adam Radlan.
Lebih ramai pemimpin, pengasas Bersatu dijangka sertai PKR - Muhammad Faiz
Bekas Ahli MPT Bersatu Dr Muhammad Faiz Na'aman menjangka lebih ramai pemimpin dan pengasas parti itu di semua peringkat akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Cabar kosongkan kerusi sebab bimbang ada 'tangan ghaib'- Muhyiddin
Tindakan mencabar Kerajaan Perpaduan mengisytihar enam kerusi Parlimen dan satu DUN dikosongkan dibuat kerana bimbang wujud 'tangan ghaib'.
'Ramai sudah mula hilang keyakinan kepada Bersatu' - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata semakin ramai orang sudah hilang keyakinan kepada pembangkang terutama Bersatu.
Tiada ADUN lain akan ikut jejak Abdul Rashid
Menurutnya, tindakan ADUN Selat Klang itu juga tidak dipersetujui oleh wakil rakyat lain kerana dianggap membelot kepada pengundi.
Bersatu akan berdepan krisis perlembagaan parti - Puad
Ia susulan tindakan ADUN Selat Klang isytihar sokongan kepada MB ketika parti itu baru meluluskan pindaan perlembagaan.
PRK: Pas sedia tanding kerusi Jeli, Gua Musang
Difahamkan tindakan itu susulan Bersatu membuat pindaan perlembagaan parti itu pada Sabtu.
Pindaan perlembagaan akan beri kesan kepada enam MP Bersatu – Muhyiddin
Pindaan perlembagaan Bersatu akan memberi kesan kepada kedudukan enam Ahli Parlimen yang menyokong Perdana Menteri.
Jana Wibawa: 47 saksi akan beri keterangan terhadap Adam Radlan
Saksi-saksi ini akan memberi keterangan berdasarkan pernyataan saksi dan dokumentasi bagi semua kes terbabit telah pun diserahkan kepada pihak pembelaan.