awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Global Sumud Flotilla hantar misi kemanusiaan terbesar ke Gaza pada 29 Mac
Adibah bawa agenda kerjasama pembacaan ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
NIOSH tawar 3,000 tempat kursus OSH-C percuma kepada PKS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersatu sepatutnya pertandingkan jawatan presiden - Penganalisis

Sinar Harian
Sinar Harian
12/06/2024
23:45 MYT
Bersatu sepatutnya pertandingkan jawatan presiden - Penganalisis
Mohammad Tawfik (gambar) berkata, Bersatu wajar mengekalkan Muhyiddin sebagai penasihat dalam organisasi malah masih boleh dicalonkan sebagai Perdana Menteri pada PRU16 akan datang. - Gambar fail
SHAH ALAM: Keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mengekalkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan tidak mempertandingkan jawatan presiden pada pemilihan parti Oktober ini tidak memberi sebarang kelebihan kepada parti itu, bahkan dilihat sebagai langkah terkebelakang.
Penganalisis politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, Bersatu sepatutnya menonjolkan keberanian dan tidak terikut-ikut dengan tindakan UMNO serta parti-parti lain yang tidak mempertandingkan jawatan tertinggi parti itu.
“Bersatu perlu memberi ruang pelapis untuk mewujudkan kesegaran dalam parti dan melantik Muhyiddin sebagai ketua umum seperti dilakukan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau Mursyidul Am dalam Pas.
“Benar, parti lain ada alasan iaitu menangguhkan pemilihan parti atau tidak pertandingkan jawatan presiden kerana pilihan raya umum (PRU).
“Tetapi sekarang bukan musim PRU, maka Bersatu tiada alasan kukuh untuk tidak pertandingkan jawatan dalam parti khususnya presiden kerana pertandingan semua jawatan melambangkan demokrasi dalam parti.
“Memang benar jika Muhyiddin terus berkhidmat sebagai presiden tidak akan memecahkan parti, tetapi bagi saya, tindakan itu tidak memberi kelebihan dalam menggambarkan Bersatu itu parti meraikan demokrasi, nak perkasakan parti dan tenagakan semula parti perlu membuka ruang pertandingan kepada semua jawatan,” katanya kepada Sinar Harian.
Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu pada Sabtu (8 Jun) menetapkan jawatan presiden parti tidak dipertandingkan pada pemilihan parti Oktober ini.
Ia selaras dengan ketetapan Perhimpunan Agung Tahunan Khas Bersatu pada 25 November tahun lalu yang sebulat suara memutuskan Muhyiddin kekal sebagai presiden parti bagi pemilihan akan datang.
Bersatu juga kekal mengikut perlembagaan parti bagi mempertandingkan jawatan-jawatan lain dan calon yang berhasrat untuk bertanding perlu mengemukakan permohonan kepada MPT selaras dengan Fasal 14.14 dan 14.16 Perlembagaan Bersatu.
Mohammad Tawfik berkata, Bersatu wajar mengekalkan Muhyiddin sebagai penasihat dalam organisasi malah masih boleh dicalonkan sebagai Perdana Menteri atau Poster Boy dalam PRU16 akan datang.
Dalam pada itu, beliau berpandangan, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Seri Muhamed Azmin Ali layak diangkat bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai timbalan presiden parti bersandarkan pengalaman yang dimiliki. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Bersatu
#Mohammad Tawfik Yaakub
#tanding jawatan presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan