awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersatu tidak layak sertai Pakatan Melayu, menteri UMNO wajar berundur - Ku Li

Astro Awani
Astro Awani
28/08/2020
09:51 MYT
Bersatu tidak layak sertai Pakatan Melayu, menteri UMNO wajar berundur - Ku Li
Menurut Tengku Razaleigh, parti Bersatu tidak lagi layak menjadi anggota Pakatan Melayu Islam yang didokong oleh Muafakat Nasional. - Gambar fail
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak layak menganggotai Pakatan Melayu Islam yang didokong oleh Muafakat Nasional (MN) ekoran pengumuman pucuk pimpinan itu yang sedia menerima penyertaan bukan Melayu sebagai ahlinya.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menggesa semua ahli UMNO yang menganggotai Kabinet Perikatan Nasional agar berundur daripada melibatkan diri dalam kerajaan sekarang.
“Ini (berundur) patut dilakukan secepat mungkin supaya kita tidak membuang masa seperti untuk memberi tumpuan kepada masalah-masalah yang lebih besar seperti untuk memberi tumpuan kepada masalah-masalah yang lebih besar.
“Ia juga seperti kedudukan muda-mudi yang susah mencari pekerjaan dalam kita menghadapi pandemik COVID-19 yang mengancam negara pada masa ini,” jelas Tengku Razalegh dalam kenyataan yang diedarkan pada Jumaat.
Menurut veteran UMNO itu lagi, perkara sebesar itu sepatutnya dibawa ke Perhimpunan Agung UMNO tidak beberapa lama lagi.
Tegas beliau lagi, UMNO memutuskan memberi sokongan awal bagi penubuhan kerajaan dalam memelihara kestabilan politik negara.
“Kita UMNO tidak pernah menjadi anggota kerajaan Perikatan Nasional, hanya kita memberi sokongan dari awal penubuhan kerajaan ini untuk menjaga dan memelihara kestabilan politik negara,” tambah beliau lagi.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini berkata, parti berkenaan sedia meminda Perlembagaan parti bagi membolehkan penyertaan kaum lain di dalam parti.
Menurut Muhyiddin, walaupun Bersatu ditubuhkan bagi membantu orang Melayu, sejak awal penubuhan, parti itu mempunyai peruntukan untuk membenarkan bukan Melayu menyertai parti sebagai ahli bersekutu.
Ia akan dibentangkan jawatankuasa khas diketuai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Senator Tan Sri Dr Rais Yatim untuk dipersetujui bersama di peringkat MPT.
Topic Berkaitan
#Gua Musang
#Islam
#kabinet
#kerajaan
#koronavirus
#Media
#pandemik
#Parlimen
#perhimpunan
#politik
#Tengku Razaleigh Hamzah
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan