IMPIAN Tan Sri M Kayveas untuk 'duduk' di kerusi Cameron Highlands sudah sedia diketahui semua sejak dahulu lagi.
Keinginan untuk berkhidmat di lokasi kehijauan ladang teh itu juga sudah disimpan selama 19 tahun.
Dalam tempoh tersebut, Kayveas sendiri mendakwa beberapa kali memendam perasaan kerana hasratnya itu akhirnya 'dikecewakan' walaupun dia sendiri merupakan anak kelahiran Pahang.
Katanya sebelum ini, janji untuknya menjadi wakil rakyat di Cameron Highlands pernah diberi pada tahun 2000 oleh Presiden UMNO ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Masyarakat di sana juga sudah sedia maklum, Kayveas sendiri sudah menjadi sebahagian daripada keluarga mereka sejak dahulu dengan pergaulan rapat tanpa mengira masa dan ketika.
Baktinya di sana juga bukan baharu sehari dua, namun kekecewaannya tidak boleh diselindung lagi selepas setiap kali nama calon lain diumum pada setiap kali tiba Pilihan Raya Umum (PRU).
Presiden MyPPP itu juga selalu tunduk dalam perebutan kerusi kawasan itu antara partinya dengan MIC.
Mahu bebas
Pada PRU14 lalu, Kayveas tegas mahu bertanding kerusi itu malah sudah membayangkan mahu menjadi calon bebas seandainya tidak terpilih menjadi calon BN
Malah, MyPPP pada masa itu juga sudah menyatakan kesediaannya untuk menukar dua kerusi tradisinya dengan parti komponen BN yang lain pada PRU14 atas semangat kerjasama dan perpaduan.
Dua kerusi tersebut ialah Parlimen Kepong di Selangor dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Bedamar di Teluk Intan, Perak yang akan diserahkan masing-masing kepada Gerakan dan MCA.
Dari satu sudut, ia membayangkan semangat 'kowtim' Kayveas yang jauh di dalam hatinya disimpulkan beberapa perbincangan kedai kopi perlu dibalas jasa dengan pemberian kerusi Cameron Highlands kepadanya.
Kerusi Parlimen Cameron Highlands pada masa itu dipegang bekas Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel yang memenanginya pada PRU13.
Pada PRU13, Kayveas bertanding atas tiket BN di kerusi DUN Pasir Bedamar namun kalah kepada Terence Naidu V. Raja daripada DAP.
Namun pada PRU14, nama Kayveas tetap tidak 'naik' di Cameron Highlands.
Kerusi idamannya menjadi milik Datuk C. Sivarraajh yang menang dalam saingan lima penjuru dengan majoriti 597 undi selepas memperoleh 10,307 undi.
Sivarraajh yang kini Naib Presiden MIC menewaskan empat calon lain iaitu M Manogran (DAP) yang meraih 9,710 undi, Wan Mahadir Wan Mahmud (PAS - 3,587 undi), Mohd Tahir Kassim (Berjasa - 81 undi) dan B Suresh Kumar (PSM - 680 undi).
Kemuncaknya pada 19 Mei tahun lepas apabila, MyPPP mengumumkan secara rasmi mengakhiri hubungan dengan BN dan mahu bergerak sendiri sebagai parti yang menyokong kerajaan sedia ada.
Tegas Kayveas, keputusan berkenaan dilakukan selepas menerima surat rasmi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang mengesahkannya masih bergelar Presiden MyPPP yang sah.
Peristiwa 30 November
Seperti ada cahaya di hujung terowong, keputusan Mahkamah Pilihan Raya pada 30 November tahun lalu yang mengisytiharkan kemenangan BN bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands pada PRU14 terbatal dan tidak sah membuka peluang Kayveas memiliki kembali kerusi idamannya.
Mahkamah yang memutuskan berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu pada PRU14 turut menolak permohonan semakan kehakiman Sivaraajh mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak membenarkannya bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen berkenaan pada 26 Januari ini.
Kelibat Kayveas kembali dan mungkin ini peluang terakhirnya untuk merealisasikan harapan tidak kesampaian sejak 19 tahun lalu.
Namun beberapa detik sebelum penamaan calon PRK, keputusannya menarik diri menimbulkan pelbagai spekulasi.
Situasi bertambah menarik apabila Kayveas mengumumkan sokongan penuhnya kepada calon Pakatan Harapan (PH), M Manogaran daripada DAP, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pelbagai spekulasi timbul, khabar angin dengan cerita ditokok-tambah bermain di kumpulan WhatsApp terhadap keputusan penarikan diri Kayveas itu.
Tentu ada sesuatu yang menyebabkan Kayveas melepaskan kerusi yang diidam sejak sekian lama.
Pasti ada isu besar yang 'menyepit' situasi Kayveas untuk meneruskan impiannya selama ini.
Mana mungkin keputusan itu dibuat selepas hasrat bertanding dibuat beberapa hari sebelum penamaan calon.
Mustahil cahaya yang dilihat timbul di hujung terowong dimatikan dengan alasan mudah. Pasti ada 'puting beliung' yang melanda dan memaksa keputusan itu dibuat tokoh politik berusia 65 tahun itu.
Sedia maklum, Kayveas tentu mahu yang terbaik untuk MyPPP yang selama ini menjadi platformnya berpolitik.
Keputusan menarik diri ini mungkin paling perit untuk dilakukannya tetapi dalam nada positif, apa lagi pilihan yang ada demi menjaga kepentingan MyPPP yang disayanginya dalam melihat skop keseluruhan.
Kayveas seharusnya sudah ada jawapan terbaik untuk setiap langkahnya, setiap keputusannya juga tentu sudah ditimbang dengan pelbagai kemungkinan yang sudah dibaca orang lama politik itu.
Bila sampai masanya, kita semua pasti akan tahu juga, buat masa ini biarlah Kayveas menyimpannya sebagai rahsia.
Bila ia menjadi rahsia, ia hanya atau mungkin akan dibuka pada masanya atau ditelan sahaja bersama harapan yang tidak kesampaian.
* Wan Syamsul Amly merupakan wartawan penyiaran kanan di Astro AWANI dan lulusan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi (CMIWS) UiTM.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Wan Syamsul Amly
Sat Jan 12 2019
Keinginan untuk berkhidmat di lokasi kehijauan ladang teh itu juga sudah disimpan selama 19 tahun. - Gambar Astro AWANI
Kerjasama bersepadu Persekutuan, Negeri selesai isu prasarana sekolah daif Sabah
Kerajaan Sabah akan terus menjalin kerjasama erat dengan kerajaan Persekutuan dalam usaha memberi suasana dan nafas baharu kepada prasarana sekolah di negeri itu.
Pantau Belanjawan: Tadbir Urus: ‘Spot check’ nilai prestasi penjawat awam
Semua ketua jabatan kerajaan perlu membuat semakan mengejut bagi memerhati pelaksanaan kerja kakitangan bawahan bagi memastikan tiada amalan negatif berlaku dalam jabatan masing-masing agar perkhidmatan awam kekal cekap, relevan dan berkesan. Apakah kaedah dan pendekatan terbaik untuk melaksanakan usaha ini?
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Seorang maut, nahas dua kereta di Ipoh
Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu jenis Honda City dan Peugeot.
Play Store kini benarkan muat turun dua aplikasi serentak
Berdasarkan laporan 9to5Google, ciri ini diberikan secara berperingkat kepada pengguna Android bermula dengan peranti\
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
TotalEnergies setuju tingkat pelaburan di Malaysia - PM
TotalEnergies menyatakan komitmen dan bersetuju untuk mempertingkatkan pelaburan dalam sektor huluan minyak dan gas.
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Malaysia amalkan dasar luar yang seimbang, elak provokatif - Anwar
Malaysia mengamalkan pendekatan dasar luar yang seimbang antara Barat dan Timur, selain mengelakkan sebarang keadaan yang dilihat sebagai provokatif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Nahas helikopter Lumut: Presiden Turkiye ucap takziah kepada keluarga anggota, Malaysia - Anwar
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengutuskan ucapan takziah kepada keluarga 10 wira negara yang terkorban dalam nahas helikopter TLDM di Lumut, Perak.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Tiada kasino akan beroperasi di Johor - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata khabar angin yang tular itu berunsur sabotaj dan berniat jahat untuk mencemar imej Forest City dan Johor secara keseluruhannya.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.