awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Bila di kubur, malaikat tak tanya saya Menteri Besar atau tidak" - Faizal Azumu

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
04/12/2020
07:52 MYT
"Bila di kubur, malaikat tak tanya saya Menteri Besar atau tidak" - Faizal Azumu
Ahmad Faizal Azumu minta semua pihak harus bersabar susulan kemelut yang berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada pagi Jumaat. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR:Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menasihatkan ahli politik supaya beringat kerana kepentingan rakyat sentiasa perlu diutamakan.
Katanya, semua pihak harus bersabar susulan kemelut yang berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada pagi Jumaat.
Paling utama, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang itu, jawatan yang disandang bukanlah sesuatu yang harus dijadikan modal untuk mendabik dada.
“Jawatan itu tidak membawa kita ke mana-mana. Sebagai Menteri Besar, bila di kubur, malaikat tak tanya saya Menteri Besar atau tidak.
“Kalau saya salah, kena sebat juga. Buat kerja baik-baik dan tidak perlu terlalu berdebat dalam media sosial tentang politik,” kata Ahmad Faizal dalam temu bual eksklusif bersama Astro AWANI.
LAPOR LANGSUNG: Undi Percaya DUN Perak - Faizal gagal peroleh sokongan majoriti
Sehubungan itu, Ahmad Faizal memohon semua ahli dan penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan rakyat bersabar dengan apa kemelut yang sedang dihadapi di negeri itu.
Saranan sama turut disuarakan untuk penyokong UMNO dan beliau menegaskan, tak perlu bakar mercun untuk meraikan kejayaan itu.
“Kepada ahli Bersatu, bersabar, tak perlu nak bergaduh, tak perlu sampai tak bertegur sapa suami dan isteri, dengan anak-anak, putuskan silaturrahim kerana politik.
“Kita nak kemelut ini diselesaikan segera,” kata beliau lagi.
BACA: Saya tidak akan bubar DUN' - Ahmad Faizal
BACA: "Saya nampak tenang tapi berkocak" - Faizal Azumu
Topic Berkaitan
#politik perak
#krisis politik
#kemelut politik
#negeri perak
#Menteri Besar
#Ahmad Faizal Azumu
#Bersatu
#ADUN Chenderiang
#ADUN
#Dewan Undangan Negeri
#Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan