awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Turkiye tuduh Israel sekat bantuan Gaza dengan “alasan direka-reka”
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BN Kedah sedang perinci manifesto untuk PRN

Bernama
Bernama
24/06/2023
09:08 MYT
BN Kedah sedang perinci manifesto untuk PRN
Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata BN akan memastikan semua perkara dalam manifesto yang ditawarkan itu praktikal dan boleh dilaksana. - Gambar fail
ALOR SETAR: Barisan Nasional (BN) Kedah sedang memperincikan manifestonya sebagai tawaran kepada rakyat negeri itu dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata BN akan memastikan semua perkara dalam manifesto yang ditawarkan itu praktikal dan boleh dilaksana serta diuruskan dengan kadar segera demi kesejahteraan rakyat Kedah.
"Kita telah bincang manifesto baharu bagi memastikan slogan 'Kalih Bagi Sama' (tukar bagi sama) dapat dicapai. Buat masa ini, ia masih belum boleh maklumkan lagi kerana sedang diperincikan berikutan ia baharu sahaja dibentangkan dalam mesyuarat tadi.
"Tapi, manifesto ini akan merangkumi semua aspek termasuk berkaitan pendidikan, ekonomi, kesejahteraan kepada golongan belia, wanita termasuk masyarakat India, Cina dan Siam," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini, hari ini.
Sementara itu, Mahdzir berkata susun atur kerja di setiap kawasan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) juga telah dibincangkan, yang jentera BN akan menjadi barisan hadapan di kawasan yang ditandingi parti itu dan akan membantu calon PH di kawasan yang ditandingi parti gabungan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Kedah
#PRN
#Mahdzir Khalid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan