awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BN Kedah tidak gentar Dr Mahathir bertanding

Bernama
Bernama
16/04/2018
20:08 MYT
BN Kedah tidak gentar Dr Mahathir bertanding
AHMAD BASHAH: Beliau perlu ingat selama ini rakyat Kubang Pasu yang menyokong dan membolehkannya bertanding atas tiket BN sehingga mampu menjadi perdana menteri. -Gambar fail
Barisan Nasional (BN) Kedah tidak gentar berdepan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan bertanding di Langkawi atas tiket PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dan anaknya Datuk Seri Mukhriz di Jerlun kerana BN ada calon yang berkaliber, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Beliau yakin calon-calon BN itu boleh berkhidmat dengan baik kepada rakyat.
Semalam, Dr Mahathir turut mengumumkan bahawa Mukhriz juga akan bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri Jitra.
Ahmad Bashah berkata rakyat Langkawi perlu berhati-hati dan menilai sendiri tindakan Dr Mahathir seperti 'kacang lupakan kulit' kerana beralih arah ke Langkawi meninggalkan kawasan Parlimen Kubang Pasu yang pernah diwakilinya selama 30 tahun.
"... Beliau perlu ingat selama ini rakyat Kubang Pasu yang menyokong dan membolehkannya bertanding atas tiket BN sehingga mampu menjadi perdana menteri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Semarak Perpaduan di sini pada Isnin.
"Rakyat Kubang Pasu pilih dia selama 30 tahun kena tinggal, tak kan rakyat Langkawi nak jadi macam tu juga nanti dia lari lagi. Rakyat juga kena tahu apa juga pembangunan yang pernah Tun Dr Mahathir lakukan di Langkawi adalah kerana kerajaan dan bukannya atas individu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Bashah
#Barisan Nasional
#isu semasa
#Mahathir Mohamad
#Malaysia Memilih
#Menteri Besar
#Pakatan Harapan
#pilihan raya umum
#PKR
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan