Barisan Nasional (BN) mengambil sikap terbuka dan mengalu-alukan penyertaan semula bekas Bendahari UMNO Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak ke dalam parti tersebut (UMNO).
Setiausaha Agung BN Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya tidak mempunyai halangan tentang permohonan tersebut namun individu berkenaan perlu menjalani beberapa proses yang ditentukan pengurusan tertinggi.
"Kita memang ada menerima permohonan daripada Datuk Seri Salleh dan empat pemimpin kanan daripada Sabah, yang membuat keputusan kembali semula dan mereka perlu membuat permohonan baharu.
"Parti politik ini milik orang ramai, kami terima dengan hati yang terbuka, kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan," katanya kepada pemberita pada program Baiti Jannati@Wilayah Persekutuan pada Rabu.
Salleh sebelum ini mengesahkan membuat permohonan untuk menyertai UMNO pada 26 Mei, melalui Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Salleh yang juga bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia pernah memohon menyertai PKR pada Oktober tahun lalu, selepas beliau bersama sebilangan besar pemimpin UMNO Sabah bertindak keluar parti pada Disember 2018, namun membatalkan permohonan tersebut.
BACA: Salleh sahkan mohon sertai semula UMNO
BACA: Salleh mohon sertai semula UMNO - Bung Moktar
Sementara itu Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, kementeriannya akan bekerjasama dengan lebih banyak pihak swasta bagi mendapatkan dana dan penajaan pemilikan rumah kepada golongan miskin tegar, yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Katanya, setakat ini kementerian telah menerima peruntukan daripada Tenaga Nasional Berhad sebanyak RM2 juta dan menyasarkan untuk menyerahkan sehingga 60 unit kediaman PPR dan PA, kepada golongan miskin tegar yang berkelayakan.
Terdahulu, Annuar membuat lawatan ke PPR Kampung Muhibbah dan menyerahkan surat pemilikan rumah kepada penerima Program Baiti Jannati @Wilayah Persekutuan, yang pertama untuk tahun ini, iaitu Siti Zainah Mohd Zain, 44.
Siti Zainah merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai tanggungan empat orang anak dan menghidapi penyakit kencing manis, serta tidak mempunyai pendapatan tetap.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 01 2020
Annuar menyerahkan bantuan kerperluan harian kepada Siti Zainah (kanan) pada Program Baiti Jannati di PPR Kampung Muhibah Fasa Satu, Kuala Lumpur, 1 Julai, 2020. --fotoBERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 18 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lelaki bawa kereta di jambatan motosikal ditahan bersama dadah
Ketua Polis Daerah Kerian Supt Juna Yusoff berkata pihaknya menerima maklumat kejadian melibatkan kereta jenis Perodua Myvi dipandu suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu sekitar jam 8.45 pagi.
Tiga lelaki disyaki terbabit kes pemerasan, larikan perunding hutang ditahan
Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terbabit dalam kes pemerasan dan melarikan seorang perunding hutang pada Selasa lepas.
Tumpuan Jumaat - 19 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MATRADE sasar perkenal MIHAS ke pasaran sedang pesat membangun
MATRADE sedang merangka pelan pengembangan peluang perniagaannya untuk memperkenalkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke pasaran sedang pesat membangun.
Aduan berkaitan gangguan seksual terhadap lelaki semakin meningkat - Nancy
Aduan berkaitan gangguan seksual terhadap golongan lelaki semakin meningkat di negara ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Penyuraian trafik melalui kaedah penarikan kurangkan kesesakan di Gua Musang
Nik Raisnan berkata langkah penyuraian itu dilaksanakan pihaknya dengan kerjasama agensi penguatkuasaan.
Farhash Wafa tidak lagi jadi pemegang saham utama Heitech Padu
Rosetta Partners menjadi pemegang saham besar dalam HeiTech Padu selepas ia membeli 15.9 peratus kepentingan dalam syarikat itu pada 12 Mac, 2024.
Lebih 3,800 individu ditahan di Perancis dalam operasi banteras pengedaran dadah
Pihak berkuasa Perancis sebelum ini melancarkan sembilan operasi bagi membanteras pengedaran dadah di seluruh negara itu.
Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.
Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.
'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.
Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.
Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.
7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?
Bapa mengaku tinggalkan empat anak di pondok pengawal
Tertuduh yang berusia 33 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
Techno Mechanicus nama anak ketiga Elon Musk bersama Grimes
Kanak-kanak itu, yang umurnya tidak didedahkan kepada umum, dinamakan Techno Mechanicus dan dipanggil "Tau".
'Impian ayah meninggal dunia ketika bekerja untuk rakyat' - Anak Salahuddin
'Impian ayah meninggal dunia ketika bekerja untuk rakyat' - Anak sulung