awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pusat Kewangan Antarabangsa dilancarkan di tengah Vietnam
Indonesia sekat sementara akses Grok susulan kebimbangan kandungan deepfake AI
Washington, Caracas jayakan operasi bawa pulang kapal tangki Minerva ke perairan Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BN Perak yakin mampu kuasai kembali Parlimen Tambun pada PRU15

Bernama
Bernama
12/08/2022
15:06 MYT
BN Perak yakin mampu kuasai kembali Parlimen Tambun pada PRU15
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad (tengah) menyantuni orang ramai pada Program Hari Bertemu Rakyat Dewan Undangan Negeri Kota Tampan di Dataran Tasik Raban, Lenggong hari ini. - Foto BERNAMA
LENGGONG: Barisan Nasional (BN) Perak menzahirkan keyakinan bahawa gabungan politik itu mampu menguasai kembali kerusi Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pengerusi BN Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata kerusi itu sebelum ini adalah milik UMNO sebelum terlepas kepada Bersatu pada PRU14.
"Kita yakin boleh memenangi (kerusi) Parlimen Tambun kerana kita sudah buat kajian sendiri," katanya kepada pemberita pada program Hari Bertemu Rakyat Dewan Undangan Negeri Kota Tampan di Dataran Tasik Raban di sini hari ini.
Kerusi Parlimen Tambun kini disandang oleh Timbalan Presiden Bersatu yang juga Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Semalam, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sedang mempertimbang cadangan untuk bertanding di kerusi itu pada PRU15.
Diminta mengulas kenyataan Anwar itu, Saarani yang juga Pengerusi UMNO negeri dan Menteri Besar Perak berkata BN sedia berdepan dengan nama-nama besar dalam pakatan pembangkang yang berhasrat bertanding di negeri itu pada PRU15.
"Sesiapa yang bertanding di Perak, kita lawan, tidak ada masalah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BN Perak
#PRU15
#UMNO
#Saarani Mohamad
#Barisan Nasional
#pilihan raya umum
#parlimen tambun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan