awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
VM2026: Duta AS cadang pelancong Amerika kenali Malaysia lebih dekat
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BN perlu raih sekurang-kurangnya 51 peratus undi popular pada PRU14 - Khairy

Bernama
Bernama
17/03/2017
01:46 MYT
BN perlu raih sekurang-kurangnya 51 peratus undi popular pada PRU14 - Khairy
Khairy turut mengingatkan jentera pilihan raya UMNO Kapar supaya mempunyai semangat 'winning mentality' dalam diri masing-masing. Gambar fail
Barisan Nasional (BN) perlu meraih sekurang-kurangnya 51 peratus undi popular di samping undi elektoral pada pilihan raya umum ke-14 (PRU) akan datang untuk terus mentadbir negara dengan mandat kukuh.
Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata langkah itu perlu supaya tidak wujud pertikaian di Dewan Rakyat berhubung parti mana yang lebih layak menubuhkan kerajaan sekaligus memerintah negara.
"Kita semua tahu sistem demokrasi negara adalah parti yang mempunyai majoriti kerusi di Dewan Rakyat (Parlimen), mereka boleh tubuhkan kerajaan (Persekutuan).
"Tetapi bagi saya, selain undi majoriti (elektoral), BN juga mahu kejar undi popular kerana tidak mahu nanti ada pertikaian kepada kemenangan itu... jadi bagi saya sekiranya BN mendapat 51 peratus undi popular itu bermakna kita sudah menang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan serentak persidangan cawangan-cawangan UMNO Bahagian Kapar di sini, malam tadi. Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Kapar Datuk Faizal Abdullah.
Dalam pada, Khairy turut mengingatkan jentera pilihan raya UMNO Kapar supaya mempunyai semangat 'winning mentality' dalam diri masing-masing sebagai teras untuk merampas semula empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Kapar pada PRU14.
Empat DUN itu ialah Sementa, Selat Klang, Sungai Pinang dan Meru. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Khairy Jamaluddin
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan