awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Musim peperiksaan bukan masa sesuai untuk perhimpunan - MPP UMT
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
Syarikat tempatan perlu tingkat pematuhan piawaian antarabangsa - Ewon
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BN Selangor lancar Ops Yawas, dakwa kerajaan Selangor seleweng dana

Bernama
Bernama
24/03/2017
23:01 MYT
BN Selangor lancar Ops Yawas, dakwa kerajaan Selangor seleweng dana
Tan Sri Noh Omar berkata pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai yang tidak berpuas hati tentang pengurusan dana SMUE hingga ramai yang belum menerima dana khairat kematian di bawah skim itu.
Barisan Nasional (BN) Selangor melancarkan 'Ops Yawas' bertujuan mengajak semua pihak di Selangor membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dana Skim Mesra Usia Emas (SMUE) oleh kerajaan Selangor.
Pengerusinya Tan Sri Noh Omar berkata pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai yang tidak berpuas hati tentang pengurusan dana SMUE hingga ramai yang belum menerima dana khairat kematian di bawah skim itu.
"Dana itu dilaporkan tidak diberikan kepada rakyat Selangor mengikut jumlah yang ditentukan iaitu RM2,500 seorang untuk khairat kematian," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama mangsa ribut di Kampung Bestari Jaya di sini, pada Jumaat.
Menurutnya hasil maklumat dan bukti yang diterima melalui "Ops Yawas" akan disalurkan kepada pihak berkuasa khususnya polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan siasatan dibuat.
Noh juga mendakwa berdasarkan maklumat yang diperolehi, penyelewengan berlaku di banyak kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan sehubungan itu wajar untuk kerajaan Selangor tampil memberi penjelasan berhubung perkara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ops Yawas
#penyelewengan
#Selangor
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan