awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
Musk ikrar bina bandar di bulan, Marikh
Cadangan penyediaan perkhidmatan transit aliran automatik di Putrajaya tidak diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BN tetap pilihan terbaik untuk masyarakat India - Kohilan

Bernama
Bernama
09/04/2018
20:41 MYT
BN tetap pilihan terbaik untuk masyarakat India - Kohilan
KOHILAN: Sehingga hari ini, mungkin tiada seorangpun pemimpin dari kaum India yang menduduki kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan, jadi, bagaimana ia akan memperjuangkan nasib masyarakat India. - Gambar fail
Barisan Nasional (BN) tetap menjadi pilihan terbaik bagi masyarakat India untuk mereka membina masa depan yang lebih baik dan cerah untuk anak mereka, kata naib presiden Gerakan Datuk A. Kohilan Pillay.
Beliau berkata pengundi masyarakat India harus mengambil kira rekod prestasi BN apabila pada pilihan raya umum yang lepas, 99.4 peratus daripada manifestonya telah ditunaikan sementara pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kerajaan berjanji untuk meneruskan usaha murni itu demi kebaikan komuniti tersebut.
"Sehingga hari ini, mungkin tiada seorangpun pemimpin dari kaum India yang menduduki kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH), jadi, bagaimana PH akan memperjuangkan nasib masyarakat India," kata beliau dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.
Beliau berkata banyak masalah yang dihadapi oleh masyarakat India tidak diberi perhatian semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad selama 22 tahun dan keadaan hanya mula bertambah baik apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil alih.
Katanya, Najib menjadikan usaha meningkatkan taraf hidup masyarakat India sebagai keutamaan dan telah melaksanakan banyak strategi yang memberi manfaat kepada kaum India termasuk Pelan Pembangunan Masyarakat India, Sekretariat Khas Untuk Memperkasakan Usahawan India (SEED), dan Pembangunan Sosio Ekonomi Masyarakat India (SEDIC).
Beliau berkata kempen MyDaftar telah mencapai kejayaan kerana memberi kewarganegaraan kepada ramai masyarakat India yang tidak memiliki kewarganegaraan dan program itu masih diteruskan sambil menambah lebih banyak isu kewarganegaraan dapat diselesaikan di bawah pentadbiran Najib.
"Kepimpinan sekarang ialah yang benar-benar prihatin dan berkhidmat untuk rakyat," kata beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#BN
#GERAKAN
#India
#Kohilan Pillay
#Mahathir Mohamad
#MalaysiaMemilih
#masyarakat India
#Pakatan Harapan
#pilihan raya umum
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan