PONTIAN: Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk tidak bersama lagi sebagai parti komponen dalam BN.
Namun, sekiranya BN berjaya memperolehi kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, BN yakin gabungan itu akan bersama-sama membentuk kerajaan.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, dalam pertemuan bersama Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, GPS pernah menyuarakan hasrat untuk membentuk kerajaan bersama-sama BN, tanpa menjadi parti komponen.
Abang Johari juga katanya turut yakin GPS akan memperolehi kemenangan besar dua pertiga pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini, meskipun ini adalah kali pertamagabungan itu tidak bersama BN.
"Beliau (Abang Johari) ada nyatakan dalam pertemuan kami, keputusan mereka tiga tahun lepas parti GPS tidak sertai BN tetapi mereka berkawan rapat dengan BN.
“Kita hormati pandangan itu, mereka letakkan Sarawak First dalam slogan mereka dengan lain perkataan mereka mahu kerajaan di Sarawak ditadbir oleh parti dari Sarawak. Jadi kita hormati,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Belia Cemerlang Parlimen Pontian, di sini hari ini.
Menyentuh mengenai tarikh PRU15, Ahmad berkata pimpinan tertinggi UMNO akan melakukan rundingan bersama kerajaan bagi mendapatkan kepastian tempoh paling sesuai ia berlangsung.
Rundingan pimpinan tertinggi itu melibatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Turut sama tiga Naib Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Astro Awani
Sat Dec 11 2021

Kata Ahmad, Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk tidak bersama lagi sebagai parti komponen dalam BN. - Gambar fail

13 maut, 12 parah dalam kemalangan bas langgar tiang plaza tol
Tragedi berlaku di Kilometer 712400 jalur A Tol Sumo arah Surabaya sekitar pukul 6 pagi (waktu tempatan).

PRU15: UMNO tidak terikat dengan mana-mana pakatan politik
Tegas beliau, 'pemetaan siasah' dan wibawa politik parti itu akan dapat berdiri dengan kekuatannya sendiri.

AWANI Ringkas: 1,058,626 kanak-kanak kini lengkap vaksin

Parlimen Somalia pilih Hassan Sheikh Mohamud sebagai presiden baharu
Mohamud merupakan pencabar terdekat Mohamed, memenangi 214 daripada 327 undi.

Kes Dera | Disyaki dera anak saudara, suami isteri direman
Pasangan suami isteri direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kematian kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang juga anak saudara mereka, disyaki didera di Ipoh, Perak. Perintah reman dikeluarkan Majistret Anis Hanini Abdullah selepas mendapat permohonan daripada pihak polis.

PRU15 | Amanah mahu tanding lebih banyak kerusi
Parti Amanah Negara (Amanah) berhasrat bertanding lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Presidennya, Mohamad Sabu.
![[TERKINI] Sidang media Menteri Kanan Pendidikan pasca sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-51 [TERKINI] Sidang media Menteri Kanan Pendidikan pasca sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-51](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967177/thumbnails/23697343341652676294279_640x360.jpg)
[TERKINI] Sidang media Menteri Kanan Pendidikan pasca sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-51
Ikuti sidang media Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin sempena Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali ke – 51 2022 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok, Kelantan #HariGuru2022 #AWANInews #TerimaKasihCikgu

Peringkat Nasional | Sambutan bersejarah Hari Guru ke-51 di Kelantan
Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-51 pada tahun ini cipta sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya diadakan di Kelantan. Diadakan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok, dengan bertemakan "Guru Tunjang Sekolah Sejahtera", ia diraikan selepas dua tahun negara dalam pandemik COVID-19.
![[TERKINI] Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-51 2022 [TERKINI] Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-51 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967174/thumbnails/23697343111652676285727_640x360.jpg)
[TERKINI] Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-51 2022
Ikuti Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali ke – 51 2022 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok, Kelantan #HariGuru2022 #AWANInews #TerimaKasihCikgu

Kuasa beli rakyat meningkat, pacu KDNK disebalik inflasi
Penggunaan persendirian yang meningkat lebih dua kali ganda merupakan cerminan kepada keyakinan dan kuasa beli rakyat. Walaupun KDNK meningkat, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai beri amaran tekanan inflasi. #NiagaAWANI #AWANIPagi #Ekonomi #KDNKMalaysia

'Pindaan perlembagaan UMNO penting demi kelangsungan parti, gerak kerja hadapi PRU15'
Pindaan perlembagaan UMNO penting untuk menyempurnakan hasrat ahli pada PAU yang lalu, tetapi juga sebagai kelangsungan parti hadapi PRU15.

Muafakat Nasional: UMNO perlu lupakan kerjasama dengan Pas pada PRU15 - Zahid
Kerjasama UMNO dan Pas melalui Muafakat Nasional (MN) perlu dilupakan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

RUU Antilompat Parti akan tarik sokongan orang muda kepada BN - Nazri
Nazri menjelaskan dengan adanya RUU tersebut, rakyat Malaysia yang sudah bosan dengan kerenah ahli politik akan keluar mengundi.

PasLeak: Politik Malaysia perlukan pemain, pendekatan dan pemikiran baharu - Shaiful Hazizy
Arena politik negara akan jadi "pi mai pi mai, tang tu" sahaja sekiranya tiada usaha untuk mewujudkan gelombang baharu.

Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.

Pas nafi atur rancangan jatuhkan BN, UMNO - Ahmad Samsuri
"Yang dokumen sampah macam itu pun ada orang percaya jugakah?"

Cadangan Ismail Sabri jadi Pengerusi BN hanya lontaran idea - Annuar Musa
Menurut Annuar, cadangan itu dilontarkan susulan keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO mencalonkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri (PM) bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Perpaduan antara GRS, BN penting jayakan perancangan kerajaan Sabah - Hajiji
Hajiji berkata, ia bagi memastikan perancangan kerajaan Sabah untuk memajukan negeri dan rakyat dapat dilaksanakan dengan berkesan.

'Ku Nan tersilap, tak semestinya Presiden UMNO saja boleh jadi Pengerusi BN' - Saiful Bahar
Menurut Saiful Bahar, tidak tertera dalam Perlembagaan BN bahawa Presiden UMNO harus menjadi Pengerusi kepada gabungan parti itu.

Penamaan Ismail Sabri sebagai calon cerminan solidariti UMNO - Bung Moktar
Katanya, solidariti ini menunjukkan bahawa pemimpin UMNO lebih mengutamakan kepentingan negara dari dari kepentingan peribadi.