awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'BN-PH adik beradik, runding elok-elok' - Ahmad Zahid

Sinar Harian
Sinar Harian
28/01/2024
10:15 MYT
'BN-PH adik beradik, runding elok-elok' - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, keikhlasan yang ditunjukkan sebelum ini telah membuktikan BN dan PH mampu mengikat kerjasama sebagai Kerajaan Perpaduan bukan sahaja di peringkat negeri, malah di peringkat Pusat.- Gambar fail/Bernama
IPOH: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Perak terus mempertahankan keikhlasan dan persepakatan dalam pentadbiran negeri.
Beliau berkata, keikhlasan yang ditunjukkan sebelum ini telah membuktikan BN dan PH mampu mengikat kerjasama sebagai Kerajaan Perpaduan bukan sahaja di peringkat negeri, malah di peringkat Pusat.
Begitupun katanya, keikhlasan itu harus diikuti dengan perundingan yang telus bagi mengelak berlakunya perebutan jawatan dalam kalangan pemimpin parti.
"Kita adik-beradik jadi berunding elok-elok. Insya-Allah, Datuk Seri Saarani Mohamad (Pengerusi BN Perak) akan mempertahankan kerajaan Perpaduan ini di Perak.
"Pesanan saya kepada Pengerusi PH Perak (Datuk Seri Mujahid Yusof), ingat pesanan abang ini bahawa rezeki tidak pernah salah alamat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Perak Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Casuarina di sini pada Ahad.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN turut menzahirkan penghargaan atas keikhlasan PH yang memberi mandat kepada BN melantik Menteri Besar Perak.
Katanya, jika semangat kepimpinan itu terus diperlihatkan, PH dan BN mampu menjadi sebuah kerajaan lagi pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
"Harapan saya biarpun ketika ini PH mempunyai 24 kerusi dan BN sembilan kerusi, janganlah tinggalkan kami.
"Di bawah kepimpinan Menteri Besar dan didokong semangat perpaduan yang kita lihat hari ini, saya yakin kita boleh bawa lebih dari sembilan kerusi itu (PRU16)," katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, di bawah pimpinan BN, Perak telah merekodkan kutipan hasil tertinggi RM1.21 bilion tahun lalu.
Ujarnya, dengan pencapaian itu, lebih banyak pembangunan akan dibawa ke negeri ini untuk kesejahteraan rakyatnya, sesuai dengan kedudukan Perdana Menteri sebagai Ahli Parlimen Tambun dari Perak.
"Jika kita terus beri sokongan sepenuhnya kepada Perdana Menteri, banyak lagi projek akan dibawa ke negeri ini.
"Tanpa perlu meminta-minta, beliau tahu masa untuk buat pengagihan kepada Perak," katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#Barisan Nasional
#Pakatan Harapan
#persepakatan dalam pentadbiran
#Kerajaan Perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan