SUNGAI PETANI: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar membidas kenyataan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menganggap kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sebagai perkahwinan paksa.
Menurut bekas Ahli Parlimen Pokok Sena itu, kerjasama atau jalinan hubungan berkenaan boleh dianggap sebagai sebuah perkahwinan yang telah diaturkan 'orang tua' yang mempertemukan jodoh PH dan BN.
Dalam masa sama, beliau juga percaya proses 'percintaan' yang berlaku melalui pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan selain Majlis Pimpinan Perpaduan di Kedah akan membuahkan hasil terutama melalui Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
"Saya penuh yakin (dengan) apa yang saya sebut selama ini, (iaitu kerjasama PH dan BN) ini bukan kahwin paksa, ini adalah perkahwinan hasil jodoh yang dipertemukan oleh orang tua-tua… ‘orang tua’ yang dimaksudkan adalah Yang di-Pertuan Agong.
"Baginda yang mempertemukan jodoh kami dan insyaAllah percintaan selepas pernikahan ini akan lebih intim dan membawa kebahagian melibatkan kerukunan rumah tangga.
"Ini adalah agar sampai ke capaian bersama untuk melahirkan Kedah yang hebat pada masa akan datang melalui gabungan ini," ujarnya.
Mahfuz berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Sidang Meja Bulat, Parti-parti Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Kedah, di Dewan Persatuan Pendidikan Akhlak Lip Seang Kor, di sini, malam tadi.
Sebelum ini, media melaporkan Ismail Sabri berkata 'perkahwinan paksa' antara PH dan BN tidak akan berjaya jika tiada rasa cinta antara kepimpinan tertinggi parti atau di peringkat akar umbi.
Bekas Naib Presiden UMNO itu berkata, keretakan kini mula dilihat dalam ‘perkahwinan paksa’ antara parti dalam kerajaan kerana mereka secara terbuka menyerang satu sama lain.
Abd Hadi Che Awang
Tue Apr 18 2023

Datuk Mahfuz Omar (kiri) membidas kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menganggap kerjasama antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan sebagai perkahwinan paksa.

Piala Malaysia: TFC, KL City berjaya ke separuh akhir
Terengganu FC akan menentang Kuala Lumpur (KL) City FC pada separuh akhir pertama pada 20 Okt ini dan separuh akhir kedua pada 3 Nov ini.
Tiga hos, Zamani, Ezad Lazim dan Nikki Palikat antara peserta Hot Seat
All Stars Gegar Vaganza akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 24 September, setiap Ahad, jam 9 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Pendatang terus rentas sempadan Texas di sebalik kekangan
Pada Khamis lalu, kira-kira 900 pendatang menyeberangi sempadan Amerika Syarikat itu dan pada Jumaat, kira-kira 1,200 pendatang melakukan perkara sama.

Wee Ka Siong pertahan jawatan Presiden MCA
Datuk Seri Wee Ka Siong mempertahankan jawatan Presiden MCA untuk penggal kedua selepas keputusan rasmi pemilihan ahli jawatankuasa pusat parti itu diumumkan Setiausaha Agung Datuk Chong Sin Woon.
Hangzhou hadirkan persekitaran yang baik - Norza
Menurut Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria, Malaysia suka bertanding di China, bukan hanya kerana bandarnya kerana di Guangzhou sebelum ini, kontinjen negara juga merekodkan keputusan yang baik.
Dua bayi antara 35 terkorban kebakaran depot bahan api haram
Punca kebakaran sebuah depot bahan api haram di selatan Benin dekat dengan sempadan Nigeria mungkin berpunca dari bahan api yang diseludup.
Putus tunang, pemuda nekad kembali ke pangkal jalan
Paling membuatkan Saiful terkilan kerana mengkhianati kepercayaan bekas tunang dan bakal ibu mentuanya, yang disifatkan sangat baik baik kepadanya.
[TERKINI] Van bawa pelancong Singapura terbabas, seorang maut
Sebuah van persiaran yang membawa sembilan pelancong dari Singapura dilaporkan terbabas dan terjunam di Bukit Genting, Balik Pulau.
PM Anwar akan ketuai delegasi Malaysia ke APEC November ini
Selain mesyuarat pemimpin APEC, kalangan pemimpin ASEAN kecuali Myanmar, turut dipelawa bagi mesyuarat berasingan oleh Presiden AS Joe Biden, kata Anwar kepada media Malaysia di akhir kunjungan empat hari beliau ke New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kali ke-78.
[TERKINI] Suspek utama kes bunuh kanak-kanak Lahad Datu diberkas
Seorang lelaki warga asing berusia 33 tahun yang dipercayai suspek kes bunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di Lahad Datu, berjaya diberkas polis.
Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, suspek yang berbangsa Timor Indonesia itu ditahan di perumahan pekerja Felda Sahabat 30 pada jam 7 pagi Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, suspek yang berbangsa Timor Indonesia itu ditahan di perumahan pekerja Felda Sahabat 30 pada jam 7 pagi Ahad.

PRN: BN-PH yakin menang lebih dua pertiga di Selangor
Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Selangor dijangka memenangi dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

'Bukan kahwin paksa tetapi dijodohkan orang tua' - Mahfuz bidas Ismail Sabri
Kerjasama PH dan BN adalah perkahwinan hasil jodoh yang dipertemukan oleh orang tua, kata Mahfuz.

Pasca PRU15: BN, PH bentuk kerajaan di Pahang, Wan Rosdy dilantik Menteri Besar
Pemangku Raja Pahang memperkenankan pembentukan kerajaan gabungan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di negeri tersebut.