awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan ahli Bersatu mahu masuk DAP: Cerminan kebebasan berpolitik - Penganalisis
PM Anwar mahu peranan Majlis Media Malaysia diperkukuh demi kebebasan media - Fahmi
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bukan UMNO runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
16/03/2024
15:05 MYT
Bukan UMNO runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Batang Merbau hari ini. - Foto BERNAMA
TANAH MERAH: Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa bukan parti itu yang meruntuhkan Muafakat Nasional (MN).
Justeru itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata buat masa ini, adalah lebih baik UMNO bersama rakan-rakannya dalam Kerajaan Perpaduan.
"Saya fikir buat masa ini, biarlah kami bersama-sama dengan rakan dalam Kerajaan MADANI bagi membentuk kekuatan dan kestabilan politik," katanya kepada pemberita selepas Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Batang Merbau di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas saranan PAS supaya kerjasama antara kedua-dua parti MN dihidupkan semula.
Ahmad Zahid juga berkata rakyat boleh menilai sendiri apa yang sedang berlaku dan biarlah politik itu berdasarkan kepada sistem demokrasi dengan menggunakan nilai-nilai Islam sebagai keutamaan.
Sebelum ini, Mursyidul Am PAS Datuk Hashim Jasin berkata beliau yakin kerjasama antara parti itu dan UMNO masih boleh dihidupkan kembali melalui MN.
Untuk rekod, MN adalah kerjasama politik antara UMNO dan PAS yang dibentuk pada 14 Sept 2019 susulan Himpunan Penyatuan Ummah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UMNO
#Muafakat Nasional
#Ahmad Zahid Hamidi
#Kerajaan Perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan