awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cabaran kosongkan kerusi: "Kepala 'parti lompat' yang mahu cadang pula"- Anwar

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
09/03/2024
08:32 MYT
Cabaran kosongkan kerusi: "Kepala 'parti lompat' yang mahu cadang pula"- Anwar
Menurut Anwar, terpulang kepada Ahli Parlimen serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang terlibat untuk berbuat demikian atau tidak, selain ianya tidak melibatkan dirinya sebagai ketua kerajaan. - Foto Bernama
BUKIT MERTAJAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung cabaran kepada kerajaan pimpinannya bagi mengisytiharkan kekosongan kerusi di lima kawasan Parlimen dan satu Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor membabitkan pemimpin parti itu yang belot. 
 Menurut beliau, terpulang kepada Ahli Parlimen serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang terlibat untuk berbuat demikian atau tidak, selain ianya tidak melibatkan dirinya sebagai ketua kerajaan. 

 Anwar yang turut menggelar Muhyiddin sebagai 'kepala parti lompat' dan pakar dalam lompat parti menyatakan tindakan yang dibuat keenam-enam pemimpin daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu menunjukkan hilangnya keyakinan mereka terhadap parti berkenaan. 


"Kepala 'parti lompat' nak cadang (kerajaan isytihar kekosongan kerusi) pula, itu (sebenarnya) terpulang kepada (semua) Ahli Parlimen (serta ADUN) yang terlibat, bukannya saya. 
 "Dia (sebagai seorang) yang pakar pasal lompat (parti) dan 'scheme of things', (jika melibatkan isu) itu, dia (orang yang) patut jawab, (sebenarnya) ini (menunjukkan) orang sudah hilang keyakinan kepada (parti) Bersatu terutamanya," katanya. 
 Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Sesi Ramah Mesra bersama PDRM dan masyrakat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada Sabtu. 
 Terdahulu, kerajaan dicabar mengisytiharkan kekosongan kerusi di enam kawasan Parlimen dan satu DUN Selangor membabitkan wakil rakyat PN di Parlimen Tanjong Karang, Bukit Gantang, Jeli, Gua Musang, Kuala Kangsar, Labuan dan DUN Selat Klang. 
 Jelas Muhyiddin, mandat perlu dikembalikan kepada rakyat untuk membuat keputusan setelah wakil rakyat PN yang dipilih dalam pilihan raya umum (PRU) lalu mengkhianati parti dengan menyokong kerajaan.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#cabaran kosongkan kerusi
#Muhyiddin Yassin
#lompat parti
#sokongan kepada Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan