awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan daftar GRS sebagai parti politik perlu diteliti - Bung Moktar

Bernama
Bernama
27/11/2021
14:14 MYT
Cadangan daftar GRS sebagai parti politik perlu diteliti - Bung Moktar
Bung Moktar berkata BN dan UMNO Sabah sentiasa bersikap terbuka terhadap pandangan mendaftarkan gabungan itu sebagai parti politik namun kesan baik dan buruk cadangan berkenaan perlu diambil kira sebelum dilaksanakan. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Cadangan untuk mendaftarkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai gabungan politik rasmi memerlukan penelitian lebih mendalam, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Bung Moktar, yang juga Timbalan Pengerusi I GRS, berkata BN dan UMNO Sabah sentiasa bersikap terbuka terhadap pandangan mendaftarkan gabungan itu sebagai parti politik namun kesan baik dan buruk cadangan berkenaan perlu diambil kira sebelum dilaksanakan.
"Itu adalah pandangan peribadi, kita sedia berbincang untuk meneliti cadangan tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Piala Datuk Seri Bung Moktar Radin di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Kelab Backbenchers GRS Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang mencadangkan supaya pemimpin GRS mengambil langkah segera mendaftarkannya sebagai gabungan politik rasmi.
Salleh, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Usukan, dilapor berkata ia sebagai langkah mengukuhkan GRS yang dibentuk pada Pilihan Raya Negeri ke-16 dan perlu bagi mengelakkan perpecahan dalam kalangan ahli gabungan khususnya antara BN dan Perikatan Nasional (PN).
GRS merangkumi gabungan PN, BN dan Parti Bersatu Sabah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#GRS
#parti politik
#Bung Moktar Radin
#Gabungan Rakyat Sabah
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan