awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Calon PKR bukan setiausaha politik saya - Ahmad Zahid

Shafiq Noordin
Shafiq Noordin
27/04/2018
08:01 MYT
Calon PKR bukan setiausaha politik saya - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berucap pada Majlis Perasmian dan Penyerahan Telaga Tiub Air Tanah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia kepada Lembaga Air Perak di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk hari ini. --fotoBERNAMA
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa calon Pakatan Harapan di kawasan Parlimen Sungai Besar, Muslimin Yahaya, ialah setiausaha politiknya.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu menjelaskan, individu berkenaan hanya merupakan bekas pembantu khas kepada salah seorang setiausaha politiknya.
Katanya, Muslimin pernah menyuarakan hasratnya untuk bertanding di kawasan Parlimen Sungai Besar tetapi beliau tidak menjangka dia sanggup mengambil keputusan untuk menyertai PKR.
“Saya telah nasihatkan beliau, harus bersabar. Dia berhajat bertanding di Sungai Besar, tetapi dia ambil keputusan sertai PKR.
“Pendirian beliau ini adalah pendirian individu. Jadi, saya harap ia tidak dikaitkan dengan setiausaha politik saya yang berkenaan.
"Saya harap beliau bayar harga sepatutnya apabila beliau melakukan tindakan sedemikian,” jelasnya.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian pada satu sidang media selepas melawat sekitar Waterfront Bagan Datuk, di sini, hari ini.
Tambahnya, beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan pemimpin BN Sungai Besar untuk menangani masalah terbabit.
Muslimin ialah bekas setiausaha sulit kanan Allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon semasa Allahyarham menjadi Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan merupakan Anggota Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Sungai Besar.
Sementara itu, Bernama melaporkan, setiausaha politik kepada Ahmad Zahid, Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad mengesahkan bahawa Muslimin merupakan seorang pegawainya.
Katanya, Muslimin menyertai PKR hanya selepas namanya tidak tersenarai sebagai calon BN.
"Ini menunjukkan bahawa beliau cuba mengambil jalan pintas untuk bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) dengan menyertai parti lawan," katanya.
Beliau menjelaskan bahawa prinsip Ahmad Zahid adalah jelas iaitu tidak membenarkan mana-mana pegawainya bertanding dalam PRU.
"Ini dengan harapan agar semua pegawai beliau dapat memainkan peranan aktif dalam membantu kemenangan BN," kata Ahmad Masrizal dalam satu kenyataan.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Barisan Nasional
#calon
#MalaysiaMemilih
#Muslimin Yahaya
#Noriah Kasnon
#Pakatan Harapan
#PKR
#PRU14
#setiausaha politik
#Sungai Besar
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan