KUALA LUMPUR: Perdana Menteri baharu yang dilantik hendaklah secepat mungkin mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat untuk mengabsahkan beliau mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Itu antara perkara yang dititahkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenaan pelantikan Perdana Menteri baharu.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan satu Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja Melayu akan diadakan pada Jumaat ini bagi membincangkan isu semasa.
BACA LAPOR LANGSUNG: PEMBENTUKAN KERAJAAN BAHARU, SIAPA PM KE-9?  


Siapakah yang bakal menjadi Perdana Menteri Ke-9?
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Tengku Razaleigh Hamzah