awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tapir jantan seberat 300 kg mati dirempuh kereta di Dungun
Hamas beri amaran "kesan serius" jika Israel terus cabuli perjanjian gencatan senjata
Kerjasama NGO, swasta model terbaik bina masyarakat berteraskan nilai - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek kes tembakan di Cheras dan Brickfields sedang dikenal pasti

Bernama
Bernama
24/06/2025
04:00 MYT
Suspek kes tembakan di Cheras dan Brickfields sedang dikenal pasti
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Aidil Bolhassan berkata setakat ini pihaknya telah merakam keterangan daripada 19 individu bagi membantu siasatan kes berkenaan. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis masih dalam usaha mengenal pasti suspek terlibat dalam kejadian tembakan mengakibatkan dua orang maut di hadapan sebuah kedai serbaneka di Jalan Loke Yew, Cheras di sini pada 17 Jun lepas.

Ringkasan AI
  • Dua kejadian tembakan berlaku di Cheras dan Brickfields, masing-masing menyebabkan kematian dua dan satu individu; siasatan masih diteruskan.
  • Polis telah merakam keterangan daripada 19 individu bagi setiap kes namun tiada tangkapan dibuat setakat ini.
  • Suspek dalam kedua-dua kejadian masih dikesan, dengan CCTV dan maklumat awam dijadikan bahan bukti.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Aidil Bolhassan berkata setakat ini pihaknya telah merakam keterangan daripada 19 individu bagi membantu siasatan kes berkenaan.
"Usaha untuk mengenal pasti suspek sedang dijalankan dan setakat ini masih tiada sebarang tangkapan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dalam kejadian pada 12.48 tengah malam itu, dua lelaki tempatan maut selepas sekumpulan lelaki bertopeng ski hitam melepaskan tembakan ke arah mereka.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) selama 21 saat yang tular di media sosial memaparkan sekumpulan individu melepaskan tembakan ke arah mangsa sebelum melarikan diri.
Sementara itu, dalam kejadian berasingan di Brickfields, polis turut merakam keterangan 19 individu berhubung kes tembakan yang mengorbankan seorang lelaki.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ku Mashariman Ku Mahmood berkata usaha mengesan dan mengenal pasti suspek juga sedang dijalankan.
Dalam kejadian kira-kira 10.50 malam itu, dua lelaki menaiki motosikal melepaskan beberapa das tembakan ke arah sekumpulan lelaki yang sedang makan di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields yang menyebabkan seorang maut manakala dua lagi cedera.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#insiden tembakan
#Polis Cheras
#Brickfields
#suspek dikenal pasti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan