awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Calon Speaker Dewan Negara sudah dimuktamadkan - Fahmi

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
07/02/2024
07:45 MYT
Calon Speaker Dewan Negara sudah dimuktamadkan - Fahmi
Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan bagaimana enggan mengulas lanjut mengenai perlantikan itu dan menyerah Perdana Menteri untuk membuat pengumuman. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Kerajaan sudah memuktamadkan nama Speaker Dewan Negara dan akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum sidang Dewan bermula.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil juga memberitahu, Kabinet sudah diumumkan mengenai pengosongan jawatan tersebut susulan pelantikan Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai Yang di-Pertua Negeri (TYT) Sarawak.
"Nama telah dicadangkan dan diserahkan kepada Perdana Menteri untuk diumumkan. Saya percaya (diumumkan) sebelum sidang Dewan bermula iaitu sekitar pertengahan Mac," katanya pada sidang media pasca Kabinet di pejabatnya di sini, pada Rabu.
Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan bagaimana enggan mengulas lanjut mengenai perlantikan itu dan menyerah Perdana Menteri untuk membuat pengumuman.
"Buat masa ini, saya tidak dapat dedahkan dari parti mana," ujarnya.
Pelantikan Speaker Dewan Negara yang baharu akan diumumkan nanti
Dewan Rakyat dijadualkan bersidang pada 18 Mac ini.
Wan Junaidi, 77, dilantik sebagai TYT Sarawak mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sarawak bagi tempoh empat tahun dari 26 Januari 2024 sehingga 26 Januari 2028.
Beliau sebelum ini menggantikan Tan Sri Rais Yatim, yang dilantik sebagai Speaker Dewan Negara sejak 18 Jun 2020 dan tamat perkhidmatan pada 16 Jun lalu.
Pada masa sama, Fahmi memberitahu, kementeriannya sudah meluluskan nama Ketua Pengarah baharu, Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
"Yang lebih penting daripada pelantikan KP J-Kom seperti yang saya telah sebut sebelum ini adalah kita sedang dalam proses merombak struktur itu jadi saya rasa itu yang menjadi keutamaan kepada Kementerian (Komunikasi).
"Saya lihat jabatan ini perlu disuaimanfaatkan, diselaraskan semula beberapa tindakan gerakan kerja," katanya. .
Ketika ditanya sama ada proses pelantikan KP yang baharu itu melibatkan rombakan pegawai yang lain beliau hanya menjawab: "Ia akan melibatkan perubahan".
Pelantikan Ketua Pengarah J-Kom itu adalah bagi menggantikan penyandangnya Mohammad Agus Yusoff setelah beliau meletakkan jawatan berkuat kuasa 15 Disember lalu.
Mohammad Agus dilantik sebagai KP J-Kom pada Februari 2023.
Topic Berkaitan
#nama Speaker Dewan Negara
#Fahmi Fadzil
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
#Anwar Ibrahim
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan