BEKAS Perdana Menteri dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta untuk menghormati pelantikan melibatkan Kerajaan Perpaduan kerana ia telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu.
Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Muhyiddin dilihat lupa pelantikan Perdana Menteri adalah bidang kuasa Baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
"Pelantikan yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ini juga selepas perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara.
"Perbincangan khas itu juga bertujuan bagi Seri Paduka mendapat pandangan Raja-Raja Melayu untuk membolehkan Baginda membuat keputusan yang terbaik demi kepentingan dan kesejahteraan negara serta rakyat.
"Muhyiddin seolah-olah terus meroyan apabila gagal dilantik sebagai Perdana Menteri dan tidak sampai 24 jam Kabinet angkat sumpah menuduh pembentukan kerajaan dan Kabinet tertubuh atas penipuan terhadap mandat rakyat yang tidak mempunyai sebarang keabsahan untuk berfungsi sebagai badan eksekutif tertinggi negara," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, senarai Kabinet juga telah dipersembahkan bagi mendapat perkenan Al-Sultan Abdullah sebelum diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahmad Zahid seterusnya menyatakan tindakan mempertikaikan segala pelantikan dilihat sesuatu yang tidak menghormati Institusi Raja-Raja Melayu.
"Muhyiddin dan sekutunya perlu berasa malu yang terlalu gilakan kuasa dan perlu mencontohi parti DAP yang lebih mementingkan kepentingan negara daripada kepentingan parti dan individu, bergerak ke hadapan demi menjayakan Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
"Muhyiddin dan sekutu perlu belajar menjadi pembangkang yang berwibawa dan belajar juga menghormati proses dan keputusan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu.
"Kerajaan ini bukan kerajaan Pakatan Harapan akan tetapi ialah Kerajaan Perpaduan hasil daripada gabungan parti terbesar dan parti-parti kecil lain yang memenangi pilihan raya bekerjasama dengan parti-parti lain untuk membina negara dan mentadbir lebih baik daripada kerajaan-kerajaan terdahulu," ujarnya.
Terdahulu, Muhyiddin dalam kenyataannya menyifatkan Anwar selaku Perdana Menteri menggadai prinsip tatakelola yang baik seperti dijaja sepanjang kempen pilihan raya apabila melantik golongan didakwanya 'kleptokrat' untuk menganggotai Kabinet.
"Ini adalah barisan Kabinet paling mengecewakan dalam sejarah negara apabila seorang yang telah dipanggil membela diri terhadap 47 pertuduhan jenayah rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram di mahkamah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
"Tindakan Anwar ini ibarat menjual maruah negara semata-mata kerana keinginannya menjadi Perdana Menteri," kata Muhyiddin.
Membalas kritikan Muhyiddin terhadap Anwar yang turut memegang jawatan Menteri Kewangan, Ahmad Zahid berkata, Perdana Menteri pernah menguruskan kewangan dan ekonomi Malaysia dan juga diiktiraf sebagai Menteri Kewangan terbaik dunia oleh Euro Money Magazine serta Menteri Kewangan Terbaik Asia oleh Asia Money Magazine satu ketika dahulu.
"Anwar juga pernah mendapat The Asian of The Year dan Malaysia mendapat gelaran The Asian Tiger kalangan negara Asia ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan.
"Sudah pasti pelabur asing lebih yakin untuk membuat pelaburan apabila Anwar memegang jawatan menteri kewangan.
"Rekod ini tidak pernah dicapai oleh Muhyiddin yang sangat bermasalah mengurus negara dan dikenali sebagai kerajaan gagal dan kini berdepan dengan pelbagai skandal dalam pengurusan negara ketika beliau menjadi Perdana Menteri.
"Inilah beliau sangat ketakutan dan terdesak untuk menjadi Perdana Menteri hingga sanggup melanggar adat dan adap membuat kritikan terhadap Istana Negara sejak awal proses menamakan Perdana Menteri," ujarnya.
Astro Awani
Sun Dec 04 2022

Ahmad Zahid (kiri) berkata Muhyiddin dilihat lupa pelantikan Perdana Menteri adalah bidang kuasa Baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan. -Gambar fail

APM mohon kerajaan pertimbang 1,501 jawatan kontrak
Penambahan perlu dibuat kerana rakyat Malaysia memiliki pengetahuan yang luas dan berjiwa besar untuk menjadi anggota APM.

SSM cadang semak semula kriteria pengecualian audit bagi syarikat persendirian di Malaysia
SSM berkata, cadangan semakan semula itu akan dijalankan melalui kaedah konsultatif.

Parti pembangkang India mahu Adani Group disiasat
Tuntutan parti pembangkang supaya isu itu dibincangkan di parlimen ditolak.

Pakej internet murah: Perlu tingkat kualiti perkhidmatan di Sabah
Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap akan tidak begitu bermakna sekiranya liputan internet masih tidak mencapai tahap yang memuaskan.

Pemain industri makanan perlu kerjasama jayakan pelaksanaan Menu Rahmah
Pengusaha makanan dan minuman perlu bekerjasama dalam menjayakan seruan kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup menerusi pelaksanaan Program Menu Rahmah.

Bekas CEO CAAM kini CEO penerbangan Kumpulan Berjaya
Berjaya Land Bhd melantik Datuk Kapten Chester Voo sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) bagi penerbangan kumpulannya.

Tze Yong wakil tunggal negara di Thailand Masters
Ng Tze Yong, menjadi wakil tunggal negara yang meneruskan perjuangan dalam saingan Thailand Masters.

Politik Pakistan | Polis Pakistan tahan bekas Menteri Kabinet Imran Khan
Polis Pakistan menahan ahli politik terkenal negara itu Sheikh Rashid Ahmed, Penahanan dibuat beberapa hari selepas beliau menuduh menuduh bekas Presiden Asif Ali Zardari terlibat cubaan membunuh bekas Perdana Menteri Imran Khan.

10 Berita Pilihan - (02 Februari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Stadium Shah Alam | Kos akan diperincikan selepas selesai sesi libat urus
Kos pembangunan semula Stadium Shah Alam akan diperincikan selepas pameran dan sesi libat urus awam berkaitan stadium itu selesai, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Jeti Roboh: KKDW serah surat arahan pelaksanaan, peruntukan RM400,000
KKDW menyerahkan surat arahan pelaksanaan kepada Pejabat Daerah Semporna dan peruntukan sebanyak RM400,000 bagi membina semula jambatan.

Shahril risau pemimpin UMNO akan terus takut bersuara
Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan risau UMNO akan menjadi parti yang pemimpinnya terus takut untuk bersuara kerana khuatir akan dibuang.

Program pembangunan luar bandar harus relevan, tidak bertindih - Zahid
Kerajaan perlu meneliti keberkesanan semua program pembangunan luar bandar yang dilaksanakan ketika ini bagi memastikan ia relevan dan menepati keperluan kumpulan sasar kini.

'Saya raikan perbezaan pendapat' - Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau meraikan perbezaan pendapat dalam kalangan ahli UMNO.

Malaysia Madani langkah pacu pembangunan negara - Zahid
Konsep 'Malaysia Madani' adalah langkah negara melakukan anjakan paradigma bagi memacu pembangunan negara ini seiring dengan negara maju, kata Ahmad Zahid.

Banjir: APM diarah tubuh rejimen di setiap Parlimen
Kerajaan mengarahkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk menubuhkan satu rejimen APM di setiap 222 kawasan Parlimen di seluruh negara.

Pengurusan banjir di Johor disifatkan antara yang terbaik - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini, menyifatkan pengurusan banjir di Johor antara yang terbaik dalam negara.

RM7 juta untuk usaha 'quick win' atasi banjir termasuk banjir termenung - Ahmad Zahid
Kerajaan meluluskan peruntukan segera RM7 juta untuk usaha 'quick win' bagi mengatasi masalah banjir di daerah Batu Pahat, termasuk masalah banjir termenung.

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang - Zahid
Ahmad Zahid Hamidi kekal mengambil pendekatan mengunci mulut berhubung pemecatan dua ahli parti dan penggantungan empat yang lain dalam pembersihan total parti itu.

Dasar Pendidikan Tahfiz Negara 2.0 dilancar Mac - Zahid
Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) 2.0 akan dilancarkan pada 11 Mac ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.