KUALA LUMPUR: Penarikan diri UMNO dari kerajaan akan merencatkan proses pemulihan negara dan penumpuan strategi mencari jalan keluar serta solusi pelbagai isu, termasuk COVID-19, yang dimahukan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Penganalisis keselamatan dan politik Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi UiTM Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, titah Yang di-Pertuan Agong tidak harus dipolemikkan kerana jelas baginda mahukan kesuburan politik demokrasi matang terus menjadi tunjang pentadbiran negara.
"Ahli politik harus mengambil maklum, apa yang tersirat dalam mesej baginda adalah kepentingan bersama memperdebatkan permasalahan rakyat dan mencari 'exit strategy' serta memperhebatkan aspek berkepentingan rakyat, khususnya dalam keselamatan ekonomi dan kesihatan.
"Kerajaan Perikatan Nasional (PN) harus memainkan peranan dalam mengelakkan berlakunya aspek kepentingan peribadi dengan membuka perdebatan isu berkepentingan rakyat seperti morotarium dan proses vaksinasi dengan lebih optimum.
"Rekonsilasi gabungan politik amat diperlukan pada masa kini dan UMNO harus meletakkan imej parti rakyat berteraskan permuafakatan, bukan terus keluar dari kerajaan, khususnya apabila negara masih dalam keadaan fasa kritikal memerangi COVID-19," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: UMNO hargai kecaknaan Agong, Raja-Raja Melayu
BACA: Kerajaan 'gagal' dari sudut mana? - Annuar Musa
Sebelum ini, sebuah portal melaporkan, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikatakan akan mengadakan mesyuarat Biro Politik di Iiu pejabat parti tersebut di Pusat Perdagangan Dunia (WTC) hari ini.
Memetik sumber, mesyuarat dikatakan dijadual pada sebelah petang, difahamkan akan membincangkan dan membuat keputusan mengenai kedudukan parti itu dalam kerajaan.
Ia dijangka dihadiri 10 anggota jawatankuasa pengurusan serta 13 pengerusi perhubungan negeri.
Dalam pada itu, menurut Noor Nirwandy, rakyat mahukan Parlimen bersidang dan mengagumi kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong dalam mengawal keselamatan politik, ekonomi dan kesihatan.
Tetapi, ujarnya, Parlimen harus menjadi medan perdebatan wakil rakyat untuk rakyat, bukan untuk kepentingan peribadi.
"Malah, menteri UMNO yang dilantik juga telah membuktikan keupayaan mereka dalam menjalankan tugas semasa pandemik COVID-19.
"Maka penarikan diri UMNO dan kerajaan akan merencatkan proses pemulihan negara.
"Gabungan menteri UMNO sedia ada dan kepimpinan PN juga sedang melaksanakan pelan pemulihan COVID-19 yang telah mula menunjukkan keberkesan.
"Masyarakat juga harus faham, tiada rujukan, asas serta pengalaman mana-mana negara dalam memerangi wabak pandemik global seperti ini," katanya.
Maka, jelasnya, usahasama oleh parti politik berteraskan kepentingan rakyat harus diutamakan supaya semua pihak berjaya secara bersama membina asas mengatasi pandemik serta kesannya.
"Inovasi dan memperkuatkan pentadbiran sedia ada dengan pengalaman menteri UMNO yang dilantik akan memastikan exit strategy yang dirancang berjalan dengan baik.
"Pilihan raya bukan medan terbaik penyelesaian masalah kerana kesan pilihan raya negeri Sabah jelas berlaku dan ia amat membahayakan keselamatan rakyat," tegasnya.
Sebelum ini, Pengarah Pilihan Raya UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, parti itu tidak perlu mendesak kerajaan supaya mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 dalam waktu terdekat, lebih-lebih lagi ketika negara masih menghadapi wabak COVID-19.
Sebaliknya, katanya, tumpuan akan diberikan kepada usaha membantu rakyat mendepani pandemik itu.
Bagi tujuan itu, jentera pilihan raya parti di seluruh negara akan digunakan sepenuhnya untuk membantu rakyat, tambah Tajuddin.
Astro Awani
Sun Jun 20 2021
Biro Politik UMNO dikatakan akan bermesyuarat petang ini, difahamkan bagi membincangkan dan membuat keputusan mengenai kedudukan parti itu dalam kerajaan. - Gambar hiasan
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi kali ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Nahas helikopter Lumut: "Nampaknya dia yang 'pergi' dulu..." - Ibu Allahyarham Komander Firdaus
Komander Muhammad Firdaus anak yang bertanggungjawab serta contoh yang baik kepada adik-adik yang lain, malah sangat mengambil berat tentang keperluan keluarga.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
PRK Kuala Kubu Baharu: 'UMNO sokong siapa saja calon Kerajaan Perpaduan' - Zahid Hamidi
UMNO menyokong mana-mana calon yang akan diputuskan untuk mewakili Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, 11 Mei ini.
Hubungan parti dalam Kerajaan Perpaduan tak retak, kekal kukuh - PM
Hubungan antara parti dalam Kerajaan Perpaduan kini adalah sangat kukuh dan mantap, dengan masing-masing sentiasa mengukuhkan hubungan tersebut, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
UMNO bukan parti Malaya sebaliknya parti kebangsaan, perjuang nasib rakyat - TPM
Katanya, usaha membawa UMNO masuk ke Sabah bukan untuk memecah-belah mana-mana parti sebaliknya bagi menyatukan rakyat di bawah payung sama.
Majoriti Ketua Bahagian UMNO sokong afidavit Ahmad Zahid - Ahmad Maslan
Majoriti daripada 191 Ketua Bahagian UMNO menyokong usaha Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit tambahan menyokong petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak.
Saya masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk bangkitkan semangat parti - Tengku Zafrul
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih lagi setia bersama parti itu walaupun pernah mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
Tengku Zafrul kongsi lima pendekatan kembalikan kegemilangan UMNO Selangor
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkongsi lima pendekatan untuk mengembalikan kegemilangan UMNO di Selangor.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Tajudin bimbang wujud sindrom ‘bisu’ dalam kalangan pemimpin UMNO
Pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat dibidas kerana tidak berani bersuara untuk memperjuangkan masalah rakyat.