Skip to main content

Politik

CSA perkukuh kestabilan politik, pacu reformasi institusi - AMK

Dr Mohammed Taufiq berkata, perjanjian itu penting bagi memastikan Belanjawan 2027 dapat diluluskan dan dilaksanakan dengan teratur. - Gambar JaPen
Dr Mohammed Taufiq berkata, perjanjian itu penting bagi memastikan Belanjawan 2027 dapat diluluskan dan dilaksanakan dengan teratur. - Gambar JaPen

Advertisement

KUALA LUMPUR: Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) antara Kerajaan MADANI dengan Ahli Parlimen daripada Bersatu, MUDA dan Bebas langkah positif ke arah kematangan demokrasi serta kestabilan politik negara.

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, perjanjian itu penting bagi memastikan Belanjawan 2027 dapat diluluskan dan dilaksanakan dengan teratur.

Menurut beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan, langkah itu membolehkan agenda pembangunan ekonomi diteruskan, selain memperkukuh jaringan keselamatan sosial dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Paling penting, perjanjian ini memperkukuh keyakinan terhadap kelangsungan pentadbiran negara, khususnya dalam memastikan Belanjawan 2027 dapat diluluskan dan dilaksanakan dengan teratur bagi meneruskan agenda pembangunan ekonomi, memperkukuh jaringan keselamatan sosial serta meningkatkan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, persefahaman itu turut memberi dorongan kepada agenda reformasi institusi, termasuk usaha mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri serta mengasingkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

“Reformasi tersebut merupakan langkah penting untuk memperkukuh tadbir urus, integriti dan mekanisme semak dan imbang negara,” katanya.

Beliau turut menyifatkan pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terbuka untuk berunding dan mencari titik persamaan merentasi perbezaan politik sebagai usaha membina kestabilan politik yang lebih kukuh.

“Masanya sudah tiba untuk Malaysia bergerak ke hadapan melangkaui perbezaan dan sengketa politik,” katanya.

Must Watch Video

Advertisement