KUCHING: Dakwaan perjanjian persefahaman bagi membentuk Kerajaan Perpaduan sebagai tidak berperlembagaan dan akan membawa kepada pemerintahan diktator adalah tidak benar, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau berkata perjanjian persefahaman itu jelas menyatakan kesemua parti komponen dalam kerajaan masih boleh berunding sesama sendiri bagi mencapai kata sepakat.
Fadillah berkata pihak pembangkang yang tidak bersetuju dengan perjanjian itu boleh membawa perkara berkenaan ke mahkamah untuk diputuskan oleh badan kehakiman.
"Dalam perjanjian itu menyatakan mana-mana pihak (kerajaan) yang tidak berpuas hati hendaklah berunding dengan semua parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan, jadi kita berundinglah.
"Untuk memastikan wujudnya kestabilan politik, kita perlu memastikan tidak akan wujud undi tak percaya (kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim). Kita ada tiga Perdana Menteri sebelum ini dan satu daripada sebabnya kerana isu undi tak percaya," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Fadillah berkata matlamat asas perjanjian persefahaman itu adalah untuk menjamin kestabilan politik yang akan memberi impak positif kepada rakyat dan ekonomi negara.
Katanya, beliau sendiri akan membentangkan usul undi percaya di Dewan Rakyat pada Isnin ini.
Beliau turut berharap Kerajaan Perpaduan yang terbentuk akan bertahan sehingga tamat penggal serta memberi fokus ke arah urus tadbir negara yang baik.
Terdahulu, media melaporkan Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin dalam kenyataannya melontarkan dakwaan sedemikian serta menyebut perjanjian persefahaman berkenaan adalah haram, berbahaya dan tidak boleh dikuatkuasakan.
Menurutnya, Klausa 4 perjanjian itu menyatakan kesemua Ahli Parlimen wajib menyokong Anwar dalam mana-mana usul kepercayaan atau rang undang-undang bekalan atau mana-mana usul berkaitan kepercayaan kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional.
"Menurut Klausa 4(b) pula, sekiranya mana-mana Ahli Parlimen kerajaan yang gagal mengundi sebagaimana yang telah diarah, mereka akan dianggap telah mengosongkan kerusi Parlimen mereka berdasarkan Artikel 49A Perlembagaan Persekutuan," kata bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 17 2022
Dakwaan perjanjian persefahaman bagi membentuk Kerajaan Perpaduan sebagai tidak berperlembagaan adalah tidak benar, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. - Gambar fail/BERNAMA
Banjir: JPN tawar penggantian dokumen pengenalan diri tanpa denda - Saifuddin
Jabatan Pendaftaran Negara menawarkan perkhidmatan penggantian dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan dan sijil lahir tanpa denda kepada mangsa banjir.
Tempat kerja, dobi digazet kawasan larangan merokok bermula 1 Jan depan
Bermula 1 Januari depan, premis dobi dan bangunan tempat kerja termasuk sektor kerajaan serta swasta digazetkan sebagai kawasan baharu larangan merokok.
[TERKINI] Empat kerja digazetkan kawasan larangan merokok mulai 1 Januarai
Bermula 1 Januari depan, premis dobi dan bangunan tempat termasuk sektor kerajaan serta swasta digazetkan sebagai kawasan baharu larangan merokok.larangan merokok, kementerian kesihatan,
AWANI Ringkas: GISB: Sembilan lagi dilanjut reman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peralihan lesen: Selesaikan saman tertunggak terlebih dahulu - JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menasihati orang ramai menyemak dan menyelesaikan saman tertunggak terlebih dahulu bagi melayakkan mentertai program khas peralihan lesen memandu Malaysia kelas B1 dan B2 kepada kelas B (motosikal berkuasa tinggi).
Dakwaan guru paling ramai palsukan MC tidak bertanggungjawab
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan, dakwaan mengaitkan guru sebagai penjawat awam yang paling ramai memalsukan sijil cuti sakit (MC) disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab dan memberi persepsi negatif terhadap profesion keguruan
GISB: Pembentangan kertas cadangan anak asuhan ditangguhkan
Pembentangan kertas cadangan melibatkan penjagaan dan masa depan 572 kanak-kanak dan remaja yang dikaitkan dengan GISB Holding Sdn Bhd (GISBH) sepatutnya dibentangkan minggu ini ditangguhkan sementara.
[TERKINI] 9 termasuk 4 isteri ahli lembaga GISB dilanjut reman
Sembilan termasuk empat isteri Ahli Lembaga GISB Holding Sdn Bhd dilanjutkan reman antara satu dan dua hari.
Akta 852: KKM yakin kadar merokok menurun kepada kurang 15 peratus tahun hadapan
Kementerian Kesihatan yakin prevalens kebangsaan merokok mampu turun kepada kurang 15 peratus tahun hadapan susulan penguatkuasaan Akta 852.
Juruteknik jatuh di lereng Gunung Machincang bukan pekerja kereta kabel
Panorama Langkawi menjelaskan juruteknik yang terjatuh dari besi penahan platform kaca di lereng Gunung Machincang, bukan pekerja atau kontraktor syarikat itu.
MAHA 2024 sasar RM6 bilion nilai perjanjian persefahaman - Mohamad
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 pada Sept ini menyasarkan memperoleh kira-kira RM6 bilion nilai perjanjian persefahaman serta RM40 juta nilai jualan langsung.
PH, BN Pahang meterai MoU perkukuh pentadbiran kerajaan negeri
MoU itu ditandatangani oleh Pengerusi PH Pahang Datuk Seri Amirudin Shari dan Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
IDEAS bimbang klausa peletakan jawatan automatik dalam Perjanjian Persefahaman
IDEAS ucapkan tahniah kepada Perdana Menteri atas undi percaya tetapi zahirkan rasa bimbang terhadap klausa peletakan jawatan automatik dalam Perjanjian Persefahaman.
Hassan rela 'dipancung', tidak sanggup lihat demokrasi mati
Hassan dakwa MoU berkenaan menyekat kebebasan dan amalan demokrasi ahli Parlimen untuk bebas membuat pilihan.
Perjanjian Persefahaman tidak autokratik, fokus pembangunan, masalah rakyat - Fahmi
Perjanjian Persefahaman Kerjasama antara gabungan Kerajaan Perpaduan ditandatangani secara terbuka dan suci hati bagi menjamin kestabilan politik.
Dakwaan perjanjian persefahaman Kerajaan Perpaduan tidak berperlembagaan, tidak benar - TPM Fadillah
Dakwaan perjanjian persefahaman bagi membentuk Kerajaan Perpaduan sebagai tidak berperlembagaan adalah tidak benar, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
MoU hanya terbatal jika dipersetujui secara bersama oleh kerajaan, pembangkang - Wan Junaidi
Beberapa pemimpin kanan parti Barisan Nasional mendakwa tindakan Pakatan Harapan telah mengakibatkan MoU itu terbatal.
Muhyiddin bertemu Sultan Hassanal, bincang isu dua hala
Muhyiddin menghadap Sultan Hassanal Bolkiah sebelum meneruskan sesi Rundingan Pemimpin Tahunan Malaysia Brunei pada pukul 11.10 pagi selama hampir satu jam.
Lima MoU dimeterai sempena Sidang Kemuncak KL 2019
Perjanjian tersebut melibatkan program pertukaran belia, keselamatam makanan, pusat kecemerlangan, kerjasama media serta bidang berkaitan keselamatan dan pertahanan.
MFL bantu selesaikan tunggakan gaji KAFA
Sebanyak RM500,000 yang diterima daripada MFL pada 15 Julai lalu telah digunakan untuk membayar hutang dan pihaknya menanti pembayaran bagi fasa kedua hak penyiaran.