awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan rasuah: Ismail Kijo macam 'pondan', suka cakap belakang - Zuraida

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
15/11/2016
06:18 MYT
Dakwaan rasuah: Ismail Kijo macam 'pondan', suka cakap belakang - Zuraida
Zuraida mendakwa Ismail (gambar) hanya pandai bercakap di belakang dan tidak berani bersemuka dengannya bagi membuktikan kebenaran dakwaan Datuk Adam Rosly terbabit skandal rasuah. - Gambar fail
Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin menyifatkan Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo sebagai 'pondan' kerana mengaitkan Ketua AMK Ampang, Datuk Adam Rosly dengan skandal rasuah.
Tegas Wakil Rakyat PKR itu, ia berikutan Ismail didakwa hanya pandai cakap belakang dan tidak berani bersemuka dengannya bagi membuktikan kebenaran dakwaan itu.
"Ismail Kijo, Ketua UMNO Ampang ini pun macam 'pondan' cakap belakang. Cakap depan saya la," katanya kepada media di luar IPD Ampang Jaya di sini hari ini.
Justeru, dia mencabar Ismail dan mana-mana individu yang membuat dakwaan berkenaan tampil membuat laporan polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Kalau betul anak jantan buat laporan polis, buat laporan SPRM, baik Zuraida ke, Adam ke, tunjuk bukti rasuah, jadi senang untuk kami memberikan keterangan kepada pihak berwajib lepas tu biar siasatan dan once we are cleared, kita akan bersihkan dan kita akan ambil tindakan ke atas mereka ini," tegasnya.
Jelasnya, dia yakin Ketua AMKnya itu tidak akan membuat kesalahan berkenaan dan bersih dari rasuah.
"Jadi saya tidak jadi keraguan dan saya dengan yakin bahawa AMK saya orang yang bersih dan tiada skandal libat rasuah. Sebab walau dia AMK Ampang saya tidak beri jawatan sebagai ahli majlis, ketua kampung atau apa pun lantikan dalam kerajaan negeri Selangor. Beliau seorang anak ahli perniagaan dan beliau juga ahli perniagaan itu jadi, itu rezeki beliau," ujarnya lagi.
Ismail Kijo sebelum ini dilaporkan mendesak SPRM menyiasat kemewahan Adam Rosly yang didakwa memiliki banglo dan kenderaan mewah.
Tegasnya, tindakan undang-undang perlu diambil ke atas individu berusia 28 tahun itu jika benar sumber kekayaan berkenaan datang dari sumber yang tidak sah.
Topic Berkaitan
#Adam Rosly
#Ahli Parlimen Ampang
#Ismail Kijo
#Zuraida Kamaruddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan