KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan dakwaan dana kerajaan berjumlah RM92.5 bilion diselewengkan ketika pentadbirannya merupakan satu pembohongan besar.
Muhyiddin mendakwa pembohongan yang dilakukan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bersandarkan kepada cerita rekaan atas rekaan.
Katanya, perbelanjaan fiskal di bawah pakej-pakej rangsangan ekonomi bukan dalam bentuk projek yang boleh diselewengkan, tetapi sebahagian besarnya adalah pemberian tunai langsung kepada rakyat (direct cash transfer) seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Geran Prihatin dan Subsidi Upah.
"Bagaimana dana ini boleh diseleweng jika ia merupakan pemberian tunai langsung kepada rakyat?
"Kutipan komisen 3%-5% daripada perbelanjaan fiskal ini juga adalah rekaan. Bagaimana saya boleh kutip komisen daripada perbelanjaan ini?
"Adakah 10.6 juta rakyat yang menerima BPN memberi komisen kepada saya? Adakah 2.96 juta pekerja yang menerima subsidi upah memberi komisen kepada saya? Tentu sekali tidak," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di Facebooknya pada Selasa.
Muhyiddin juga menjelaskan, tidak ada dana berjumlah RM4.5 bilion seperti didakwa PH dan BN dalam akaun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan akaun peribadinya.
Katanya, sebagai sebuah parti politik, Bersatu mempunyai dana hasil sumbangan pihak-pihak yang menyokong perjuangan parti tersebut.
"Akaun parti Bersatu diurus secara telus di mana setiap terimaan dan perbelanjaan direkod, diaudit dan dibentangkan dalam Perhimpunan Agung Tahunan mengikut kehendak perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan 1966.
"Sumbangan untuk dana pilihan raya juga dimasukkan ke dalam akaun parti. Walaupun negara kita masih belum mempunyai undang-undang pendanaan politik, saya percaya setiap sumbangan yang diterima oleh Bersatu tidak menyalahi mana-mana undang-undang atau peraturan yang sedang berkuat kuasa," katanya lagi.
Muhyiddin yakin siasatan SPRM akan mendapati bahawa tohmahan terdapat RM4.5 bilion dalam akaun Bersatu atau akaun beliau adalah palsu.
Beliau juga menegaskan Bersatu akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM dalam menjalankan siasatan.
Astro Awani
Tue Jan 10 2023

Muhyiddin juga menjelaskan, tidak ada dana berjumlah RM4.5 bilion seperti didakwa PH dan BN dalam akaun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan akaun peribadinya. - Gambar fail

Teka-teki terjawab, Ab Rauf sah Ketua Menteri Melaka ke-13
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 petang ini.

Tiga sekeluarga cedera, banglo dua tingkat terbakar di Ayer Tawar
Tiga sekeluarga cedera dalam kebakaran yang melibatkan kebakaran sebuah banglo dua tingkat di Taman Dinding, Ayer Tawar, Beruas, hari ini.

Kes basikal lajak: Mahkamah Rayuan diberitahu pertuduhan terhadap Sam tidak sah
Mahkamah Rayuan diberitahu bahawa sabitan Sam Ke Ting bagi kesalahan memandu secara melulu sehingga mengorbankan lapan remaja penunggang basikal tidak boleh bertahan.

Agong berkenan rasmi Masjid Al-Sultan Abdullah di Labuan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Masjid Al-Sultan Abdullah di Kampung Sungai Bedaun di Labuan hari ini.

Ab Rauf selesai angkat sumpah Ketua Menteri Melaka ke-13
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam di Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT).

Kes SRC: Kecewa dengan alasan penghakiman - Shafee
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata pihaknya sangat kecewa dengan alasan yang disediakan dalam penghakiman majoriti bagi permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyemak semula kes SRC. #AWANInews

SRC International: Najib kehabisan 'saluran' rayuan, tidak kebal undang-undang - Sithambaram
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sudah kehabisan semua 'saluran' rayuan dalam kes rasuah SRC International di peringkat mahkamah.

Aidilfitri: Bimbang kesesakan teruk, NGO mohon JKR tangguh tutup jalan di Gua Musang
Martabat memohon JKR mengkaji semula arahan penutupan laluan utama Gua Musang-Kuala Lipis bagi kerja-kerja pembinaan LTU.

Gangguan sistem di beberapa pintu masuk Singapura - ICA
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura mengumumkan pihaknya kini sedang mengalami gangguan sistem di beberapa pusat pemeriksaan penumpang.

Dua maut, lima cedera dalam kejadian tembakan di luar restoran di Tennessee, AS
Dua maut dan lima lagi cedera dalam kejadian tembakan di luar sebuah restoran di Memphis, Tennessee.

Armada kecam tindakan laman FB Kelab Peminat Kartunis Zunar
Armada mengecam tindakan pemilik laman Facebook Zunar Cartoonist Fan Club yang dilaporkan mencemar kesyumulan Islam.

Guan Eng saman Muhyiddin isu cukai Yayasan Albukhary
Lim memfailkan saman fitnah itu di Mahkamah Tinggi dengan menamakan Muhyiddin sebagai defendan tunggal.

Fitnah Guan Eng: Kementerian Kewangan buat laporan polis
MoF akan membuat laporan polis berhubung tuduhan terhadap bekas menteri dan pegawainya membatalkan kelulusan pengecualian cukai yang telah diberikan kepada Yayasan Albukhary.

Isu batal pengecualian cukai Yayasan AlBukhary: Guan Eng buat laporan polis
Lim Guan Eng hari ini membuat laporan polis terhadap Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung tuduhan membatalkan pengecualian cukai yang telah diluluskan kepada Yayasan AlBukhary.

Isu batal pengecualian cukai Yayasan Albukhary: Guan Eng tuntut Muhyiddin mohon maaf
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dituntut membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kenyataannya berhubung pembatalan pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.

Pengecualian cukai: 'Boleh serah kepada parti, kepada pesawah padi. Saya pilih pesawah padi' - PM Anwar
Perdana Menteri ketika menjawab soalan Kee Chin menafikan tuduhan bahawa bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membatalkan pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Albukhary.

Ketua Pembangkang, Pagoh, Marang tak pernah berdepan PM di Parlimen - Saifuddin Nasution
Saifuddin memerli beberapa pemimpin utama PN, yang didakwa tidak pernah 'berdepan' dengan Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

Dakwaan fitnah Muhyiddin: Zahid tegaskan sedia disiasat, sifatkannya aduan politik
Beliau masih belum berbincang dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung laporan polis itu namun menegaskan ia adalah aduan politik semata-mata.

'Persepsi masyarakat lihat PM campur tangan' - Tuan Ibrahim
Dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat campur tangan terhadap pertuduhan mahkamah melibatkan tokoh-tokoh politik ternama hanyalah persepsi masyarakat.

Kenyataan Muhyiddin: Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan buat laporan polis
Muhammad Kamil berkata laporan berkenaan dibuat selepas mendapati kenyataan Muhyiddin bersifat fitnah yang boleh menimbulkan persepsi negatif.