awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DAP bukan ekstrem, Tun Mahathir perlu tarik balik kenyataan - ADUN Kepayan

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
09/04/2021
02:03 MYT
DAP bukan ekstrem, Tun Mahathir perlu tarik balik kenyataan - ADUN Kepayan
Jannie berkata kenyataan dibuat oleh seorang negarawan seperti Tun Dr Mahathir adalah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh penduduk asli dan masyarakat pribumi. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyifatkan Parti Tindakan Demokratik (DAP) sebagai sebuah parti yang ekstrem adalah sesuatu yang tidak benar.
Demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayan, Jannie Lasimbang yang turut menggesa agar Ahli Parlimen Langkawi itu menarik balik kenyataan yang negatif itu.
Menerusi kenyataan pada Khamis, Jannie berkata selama bertahun-tahun DAP berjaya membuktikan bahawa mereka merupakan sebuah entiti berbilang kaum.
Malah DAP juga membantu memperjuangkan keadilan sosial dan hak asasi manusia termasuk orang asli dan penduduk pribumi di Sabah dan Sarawak.
“DAP telah mengotakan beberapa janji dengan menubuhkan Majlis Perundingan Anak Negeri (NCC), Majlis Perundingan Dayak (DCC) dan wakil Dayak ke Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).
“Ini menunjukkan DAP mungkin satu-satunya parti yang menubuhkan majlis-majlis ini dan seterusnya terlibat dalam membuat sebarang keputusan yang penting.
“Selain itu, penubuhan ini bukan sahaja membuktikan DAP komited memastikan warga pribumi mempunyai suara dalam CEC malah DAP turut komited memberi sokongan dengan membangkitkan isu melibatkan komuniti di parlimen dan kerajaan.
“DAP juga sentiasa mendorong pemimpin pribumi tempatan untuk menjadi calon dalam pilihan raya,” kata Jannie.
Tambahnya, ini antara faktor mengapa penduduk asli dan masyrakat pribumi di Sabah, Sarawak mahupun Semenanjung beralih kepada DAP.
Justeru, kenyataan dibuat oleh seorang negarawan seperti Tun Dr Mahathir adalah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh penduduk asli dan masyarakat pribumi.
Ini kerana, banyak suku kaum lain sukar untuk menerima pandangan sedemikian disuarakan seorang pemimpin yang berpengalaman kerana ia dilihat memecahbelahkan kerjasama dan kepayahan yang dilalui Pakatan Harapan (PH) sebelum ini
Terdahulu, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu menyifatkan DAP sebagai sebuah parti yang ekstrem.
BACA: Tun M tidak tolak kemungkinan UMNO boleh jalin kerjasama dengan DAP
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas tentang kemungkinan kerjasama politik antara UMNO dan DAP, awal minggu ini.
Topic Berkaitan
#DAP ekstrem
#TUN DR MAHATHIR
#Pakatan Harapan
#Pejuang
#kerjasama UMNO DAP
#Jannie Lasimbang
#ADUN Kepayan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan