awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DAP letak calon Melayu memang sudah dijangka - Ahmad Zahid

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
18/04/2018
11:17 MYT
DAP letak calon Melayu memang sudah dijangka - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika melakukan tinjauan mesra di sekitar Pelantar Bagan Hutan Melintang hari ini. - Foto Bernama
Tindakan DAP meletakkan calon Melayu untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bagi mengintai kerusi Menteri Besar sekiranya mereka berjaya merampas Perak adalah sesuatu yang sudah dijangka.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia merupakan antara strategi parti itu untuk menarik sokongan orang Melayu.
"Telahan ini menjadi benar apabila ada usaha untuk menarik pengundi-pengundi Melayu bagi mengundi calon mereka, termasuk calon Melayu. Apa yang telah dianalisis oleh pihak kita dapati bahawa terdapat fobia dalam kalangan pengundi-pengundi Melayu terhadap usaha oleh DAP jika mereka terus mengekalkan penggunaan lambang yang lama.
"Tentunya dengan langkah meletakkan seorang pakar undang-undang bagi bertanding menggunakan lambang parti lain tetapi mewakili DAP ianya merupakan suatu pengesahan bahawa agenda tersembunyi mereka sekarang terserlah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan walkabout sekitar Hutan Melintang, Perak hari ini.
DAP meletakkan pakar perlembangaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari untuk bertanding di DUN Tebing Tinggi di Ipoh seperti disahkan Veteran DAP, Lim Kita Siang baru-baru ini.
Mengenai pengumuman Presiden Persatuan Seni Silat Gayung Ghaib Malaysia (PSSGGM), Ibrahim Mat Zin, 68, atau lebih dikenali sebagai 'Raja Bomoh Malaysia' untuk bertanding di Parlimen Bagan Datuk sebagai calon bebas, Ahmad Zahid berkata, beliau mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin bertanding di parlimen itu.
Penawaran sesiapa sahaja untuk bertanding sudah pasti akan memeriahkan lagi suasana pilihan raya sekali gus meraikan makna demokrasi di Bagan Datuk.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#calon melayu
#DAP
#Dewan Undangan Negeri
#DUN
#Malaysia Memilih
#Menteri Besar
#Perak
#Timbalan Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan