awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DAP nafi dominasi kerajaan, majoriti masih bumiputera - Loke

Hilmi Malik
Hilmi Malik
14/05/2023
09:45 MYT
DAP nafi dominasi kerajaan, majoriti masih bumiputera - Loke
Anthony Loke berkata, bukti itu boleh dilihat berdasarkan kedudukan dan angka yang jelas melibatkan Ahli Parlimen di dalam Kerajaan Perpaduan. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: DAP menafikan dakwaan kononnya bakal mendominasi pemerintahan Kerajaan Perpaduan menerusi jalinan kerjasama yang telah dibentuk.
Setiausaha Agungnya, Anthony Loke berkata, bukti itu boleh dilihat berdasarkan kedudukan dan angka yang jelas melibatkan Ahli Parlimen di dalam Kerajaan Perpaduan.
“Biar fakta berbicara kerana kerajaan hari ini didokong oleh 148 Ahli Parlimen yang terdiri daripada 77 bumiputera beragama Islam, (16) bumiputera bukan Islam, Cina (43), India (12) dan lain-lain.
“Maksudnya di sini majoriti dalam Kerajaan Perpaduan masih didokong oleh Melayu beragama Islam dan bumiputera,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi ucapan pimpinan utama Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Ahad.
Mengulas lanjut, Loke menyatakan, pembentukan Kerajaan Perpaduan juga tidak dipengaruhi oleh sebarang unsur negatif malah DAP juga tidak meletakkan syarat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk gabungan politik.
Katanya, kedudukan Kerajaan Perpaduan ketika ini juga menjadi bukti setiap parti politik mendokong penuh prinsip Rukun Negara iaitu Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara.
Jelasnya, perkara itu adalah selepas titah Yang di-Pertuan Agong yang mencadangkan kesemua parti politik agar bekerjasama untuk membentuk kerajaan dan mentadbir negara selepas keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 menyaksikan kedudukan Parlimen yang tergantung.
Tambah Loke, matlamat utama ketika ini adalah memastikan jalinan kerjasama yang jitu melibatkan pelbagai kaum kerana persaingan bukanlah tertumpu di dalam negara namun melibatkan dunia luar.
Topic Berkaitan
#Kerajaan Perpaduan
#pilihan raya umum
#Parlimen
#Bumiputera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan