awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DAP perlu adakan pemilihan semula jika betul telus - Mah

Bernama
Bernama
08/07/2017
13:21 MYT
DAP perlu adakan pemilihan semula jika betul telus - Mah
SIEW KEONG: Ini bukan perkara yang baharu, sudah dibangkit lama oleh anggota mereka.
DAP sebagai sebuah parti yang kononnya menjunjung prinsip ketelusan perlu patuh kepada keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) supaya mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu.
Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong berkata aduan mengenai keputusan pemilihan DAP pada tahun 2013 telah dibuat oleh anggota-anggota DAP sendiri tanpa campur tangan Barisan Nasional (BN).
"Ini bukan perkara yang baharu, sudah dibangkit lama oleh anggota mereka. DAP sering mengkritik parti lain termasuk Gerakan sekiranya berlakunya sebarang isu namun berdiam diri apabila membabitkan parti mereka sendiri.
"Jika DAP betul parti yang telus mereka perlu patuh arahan ROS dan mendengar permintaan anggota parti mereka," katanya kepda pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri parti Gerakan di sini, hari ini.
Semalam, Ketua Pengarah ROS Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata pelantikan 20 anggota CEC DAP serta pemegang jawatan utama hasil pemilihan semula yang diadakan pada 29 Sept 2013 adalah tidak sah dari segi undang-undang.
MAH-DAP 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Pemilihan semula yang diadakan itu sepatutnya berdasarkan kepada senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi pada pemilihan CEC DAP bertarikh 15 Dis 2012, melibatkan 2,576 perwakilan dari 865 cawangan.
Ini kerana hanya anggota CEC yang sah dan diiktiraf sahaja boleh melantik pemegang jawatan utama yang sah dan diiktiraf mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan Parti DAP.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CEC
#DAP
#GERAKAN
#mah siew keong
#pemilihan
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan