awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Instagram dilapor sedang bangunkan ciri keluarkan diri sendiri dari Close Friends
Anna’s Archive disaman AS$13 trilion oleh Spotify dan tiga syarikat muzik utama
Pentagon, Anthropic bertelagah isu penggunaan AI untuk senjata, pemantauan domestik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DAP perlu berhati-hati dengan PKR - Rizal Mansor

Astro Awani
Astro Awani
04/04/2018
13:39 MYT
DAP perlu berhati-hati dengan PKR - Rizal Mansor
Rizal juga menasihatkan DAP agar mengenang kembali apa yang telah berlaku ketika Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 2016. - Gambar fail
Pembantu khas isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor menasihatkan DAP agar berhati-hati dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Nasihat itu diberikan ekoran timbul khabar angin bahawa parti-parti gabungan Pakatan Harapan (PH) akan menggunakan logo PKR dalam PRU14.
Rizal juga menasihatkan DAP agar mengenang kembali apa yang telah berlaku ketika Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 2016.
"Bukan sahaja terpaksa bergelut, bercakaran dalam perebutan kerusi dengan PKR, DAP juga menelan kepahitan apabilah kalah akibat onar yang dilakukan oleh PKR apabila bertembung di enam kerusi.
"Kalau bersetuju pakai logo PKR pada PRU14, apakah ada jaminan PKR tidak akan 'tikam belakang' DAP seperti yang dilakukan pada pilihan raya negeri Sarawak itu.
"Dengan rundingan agihan kerusi antara pembangkang di Selangor yang tak kesudahan itu akibat keegoan Datuk Seri Azmin Ali, saya mahu nasihatkan DAP agar berhati-hati dengan PKR ini terutama dalam soal surat watikah pencalonan," katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut mengenai khabar angin parti komponen PH akan menggunakan logo PKR, Rizal berkata tiada sebab DAP perlu melupakan logo partinya kerana ia usdah diiktiraf Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
"PPBM kena bersetuju pakai logo PKR sebab parti itu tak diiktiraf sebagai parti politik yang sah di mata ROS manakala logo Amanah pula takut-takut tak siapa pun yang kenal," katanya lagi.
Sehingga kini Majlis Presiden PH masih belum memutuskan logo tunggal yang bakal digunakan semua calonnya pada PRU14.
Topic Berkaitan
#Amanah
#Barisan Nasional
#DAP
#Malaysia
#Mohamed Azmin Ali
#Pakatan Harapan
#PKR
#PPBM
#PRU14
#Rizal Mansor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan