awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Kembalilah...' - Zahid zahir kesudian UMNO sambut kembali mereka yang tidak lagi bersama parti
Kekok, skeptikal bersama seteru politik, namun UMNO perlu terus matang - Zahid
Motif kes bunuh di Sri Aman masih dalam siasatan - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DAP Sabah tolak semua jawatan dalam Kerajaan Perpaduan

Sinar Harian
Sinar Harian
01/12/2025
23:50 MYT
DAP Sabah tolak semua jawatan dalam Kerajaan Perpaduan
Loke berkata, dalam mesyuarat tergempar CEC malam tadi, DAP Sabah turut membentangkan keputusan mereka kepada CEC bahawa mereka tidak akan mengambil sebarang jawatan dalam kerajaan Sabah. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah tidak akan mengambil sebarang jawatan dalam Kerajaan Perpaduan Sabah.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, pihaknya telah mengadakan mesyuarat tergempar Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) pada malam tadi untuk membincangkan keputusan Pilihan Raya Negeri Sabah.
Menurutnya, DAP menerima isyarat yang jelas dan tidak meragukan daripada para pengundi.
“Tidak dapat dinafikan bahawa pilihan raya kali ini mencerminkan krisis keyakinan yang serius terhadap DAP dan Pakatan Harapan.
“Para pemimpin dan anggota yang terlibat dalam kempen amat peka bahawa terdapat ketidakpuasan yang meluas dalam kalangan rakyat sepanjang tempoh berkempen.
“Berikutan perbincangan dan penilaian dalaman, kami akan mengumpulkan semua maklum balas yang diterima dan berusaha bersama dengan Perdana Menteri untuk mempercepat agenda reformasi dalam tempoh enam bulan akan datang,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau berkata, dalam mesyuarat tersebut, DAP Sabah turut membentangkan keputusan mereka kepada CEC bahawa mereka tidak akan mengambil sebarang jawatan dalam kerajaan Sabah.
“Termasuk jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah lantikan.
“Para pemimpin DAP Sabah akan terus berkhidmat secara aktif kepada rakyat Sabah dan berusaha mengembalikan keyakinan rakyat,” katanya. - Sinar Harian
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#DAP Sabah
#PRN Sabah
#tolak jawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan