awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Afrika Selatan sasar ketibaan dua kali ganda pelancong dari Malaysia tahun ini
OM selesaikan ganjaran hadiah kewangan bekas atlet olahraga
Lawatan rasmi dua hari Modi ke Malaysia bermula Sabtu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DAP tidak sabar untuk keluar Pakatan Rakyat - Mohd Amar

Bernama
Bernama
15/06/2015
15:57 MYT
DAP tidak sabar untuk keluar Pakatan Rakyat - Mohd Amar
MOHD AMAR: DAP tidak sabar untuk keluar Pakatan Rakyat - Gambar fail
Pemecatan Setiausaha PAS Pulau Pinang sebagai pegawai penerangan gred S41 dalam kerajaan negeri Pulau Pinang, menunjukkan DAP sengaja mencari alasan untuk keluar daripada pakatan pembangkang, kata Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Beliau berkata tindakan itu menunjukkan DAP semakin tidak sabar untuk keluar daripada pakatan pembangkang dan memutuskan hubungan dengan PAS.
"Saya melihat secara politiknya tindakan yang dibuat oleh DAP selama ini adalah mencari alasan untuk keluar dari pakatan rakyat dan putus hubungan dengan PAS.
"Dari segi rentetan, dia (DAP) yang mula-mula isytihar putus hubungan dengan PAS di Sarawak, selepas itu putus hubungan dengan PAS di Sabah, selepas itu dia putus hubungan dengan Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang)," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd Amar berkata demikian ketika diminta mengulas kemelut DAP-PAS yang semakin meruncing apabila Setiausaha PAS Pulau Pinang, Mohd Fadzil Kemi yang berkhidmat sebagai Pegawai Penerangan gred S41 kepada Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang telah diberhentikan kerja berkuat kuasa Jumaat lepas.
Mohd Amar berkata: "Dia (DAP) dah pecat kita kena terima dan tidak ada masalah (bagi PAS)".
Ditanya tentang kesediaan DAP untuk membina masjid baharu di Pasir Tumboh, Gua Musang, Mohd Amar berkata peruntukan untuk membaik pulih masjid yang rosak akibat banjir di kawasan itu sudah ada dan ia tidak perlu bantuan DAP.
Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook dilaporkan berkata cadangan pembinaan masjid itu dipersetujui selepas mereka mendengar permohonan daripada imam serta penduduk di kawasan berkenaan.
Topic Berkaitan
#DAP
#Mohd Amar
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan