KUALA LUMPUR:Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa perpaduan dalam kalangan ahli politik sebagai penyelesaian kepada kemelut yang berlaku hari ini.
Dalam satu kenyataan, bekas ketua menteri Sabah itu menegaskan, darurat bukan pilihan untuk negara ini sebaliknya perpaduan merupakan penyelesaiannya ketika berdepan saat sukar ini.
"Saya memohon kepada semua pemimpin di negara kita yang dikasihi untuk mengetepikan perbezaan kita dan bekerja bersama-sama untuk mengatasi cabaran terbesar yang sedang kita hadapi, dan mengutamakan Raja, negara dan rakyat di atas semua masalah lain," katanya pada Ahad.
Ahli Parlimen Semporna itu berpendapat negara harus terus maju dan rakyat tidak boleh dirugikan.
BACA: LAPOR LANGSUNG: Darurat? Ini perkembangan politik negara
BACA: Apa itu Darurat? Ini 15 perkara anda perlu tahu
Shafie menekankan bahawa inilah masanya untuk ketepikan perbezaan termasuk agama dan bangsa serta bergabung untuk melawan musuh yang sebenarnya.
"Kami mungkin tidak sepakat dalam banyak perkara, tetapi pada masa ini, saya rasa kami boleh bersetuju dengan satu perkara - kami menyintai negara kita ini.
"Semoga Allah memberi kita semua hidayah dan petunjuk untuk memilih jalan yang benar dan betul demi kepentingan negara," kata Shafie.
"Keruntuhan ekonomi global dan domestik (akibat dampak COVID-19) yang membinasakan dan memberi kesan terhadap kehidupan setiap rakyat Malaysia adalah musuh sebenar," katanya lagi.
Pada Sabtu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa semua pihak agar ketepikan ego dan pecahkan tembok kepartian demi Malaysia.
Astro Awani
Sun Oct 25 2020
Shafie menekankan bahawa inilah masanya untuk ketepikan perbezaan termasuk agama dan bangsa serta bergabung untuk melawan musuh yang sebenarnya. - Gambar Fail
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
Laluan Kereta Api Trans Borneo perlu libatkan pantai timur Sabah - Shafie Apdal
Beliau berkata projek berkenaan merupakan pemangkin dalam membangunkan ekonomi kawasan Kalimantan, Sarawak, Brunei dan Sabah, tetapi laluan kereta api itu hanya terbatas sehingga Kota Kinabalu sahaja.
Bekas KM Sabah sifatkan Taib Mahmud penyumbang penting satukan rakyat Sarawak, Malaysia
Mereka menyifatkan Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud sebagai penyumbang penting terhadap penyatuan rakyat berbilang latar belakang di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya.
Tuntut pampasan 11 ADUN: 'Tindakan tidak masuk akal'
ADUN Sindumin itu berkata, beliau tidak tahu punca Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengambil tindakan itu.
20 peratus hasil sawit tidak dapat dituai kerana kurang pekerja
Sekurang-kurangnya 20 peratus hasil sawit tidak dapat dituai berikutan kekurangan buruh, justeru memerlukan kerajaan memperkenalkan inisiatif tambahan bagi memastikan industri itu kekal mampan.
Parlimen: Tiada langkah basmi kemiskinan di 8 daerah Sabah - Mohd Shafie
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui proses pembinaan LPB di Sabah amat lambat berbanding di Sarawak.
Shafie Apdal nafi libat dalam isu pengambilan tanah di Kudat
Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata beliau telah mengambil pendekatan perundangan bagi menyangkal dakwaan tidak berasas itu.
Ketua Wira Pusat Warisan letak jawatan, keluar parti
Mohd Ismail Ayob meletakkan jawatan sebagai Ketua Wira Pusat Parti Warisan (Warisan) dan Ketua Bahagian Warisan Kinabatangan sekaligus keluar daripada parti berkenaan.
Surat ditandatangan bukan bon atau kosongkan kerusi
Sebaliknya, katanya, surat itu hanya berkaitan individu dijadikan calon dan berjanji supaya setia kepada parti.
DUN Sabah: Enakmen bekalan tenaga elektrik dibentang sebelum hujung tahun ini
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata Enakmen bekalan tenaga elektrik di Sabah akan dibentangkan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum hujung tahun ini.
RUU Antilompat Parti tiada dalam agenda sidang DUN Sabah - Speaker
Kadzim M Yahya berkata pihaknya setakat ini masih belum dimaklumkan oleh kerajaan negeri sama ada RUU itu akan dibentangkan atau tidak pada sidang kali ini.