awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Data perisytiharan harta PM disalah guna - Ahmad Farhan

Bernama
Bernama
01/12/2024
07:53 MYT
Data perisytiharan harta PM disalah guna - Ahmad Farhan
Ahmad Farhan berkata perbezaan pandangan dalam politik adalah perkara biasa, namun ia perlu dilaksanakan secara matang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Data perisytiharan harta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah diisytiharkannya pada 7 Mac 2019 kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah disalahgunakan, kata Setiausaha Politik Anwar Datuk Ahmad Farhan Fauzi.
Beliau berkata maklumat itu digunakan untuk menyebarkan tuduhan bahawa Anwar adalah "pemimpin ke-17 terkaya di dunia" dengan gambaran seolah-olah hartanya diperoleh secara tidak sah.
Dalam kenyataan hari ini beliau berkata perisytiharan harta itu adalah sebahagian daripada inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika itu untuk memastikan ketelusan dalam kalangan anggota Kabinet dan Ahli Parlimen.
"Perisytiharan ini tidak mendatangkan sebarang isu pada waktu itu kerana ia disertai dengan penjelasan terperinci mengenai bagaimana aset tersebut diperoleh. Sebahagian besar nilai asetnya adalah berdasarkan anggaran semasa hartanah miliknya.
"Aset-aset ini diperoleh secara sah dan boleh dibuktikan melalui dokumen jual beli dan rekod kewangan yang sah," katanya.
Ahmad Farhan berkata perisytiharan harta sebanyak RM10.7 juta oleh Anwar ketika itu tidak menjadi isu kerana ramai anggota Kabinet dan Ahli Parlimen PH mempunyai nilai aset yang jauh lebih tinggi antaranya Datuk Dr R. Santhara Kumar (Segamat) sebanyak RM132.1 juta dan Datuk Ngeh Koo Ham (Beruas) sebanyak RM77.0 juta.
Tun Dr Mahathir Mohamad (Langkawi) sebanyak RM32.3 juta, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jerlun), RM25.1 juta; Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof (Alor Gajah), RM23.0 juta; Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, RM15.3 juta dan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh) sebanyak RM14.3 juta.
"Secara logiknya, tuduhan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pemimpin ke-17 terkaya di dunia adalah tidak masuk akal. Jika dibandingkan dengan pemimpin lain di Malaysia sendiri, nilai aset Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah antara yang tertinggi.
"Bagaimana mungkin beliau tergolong dalam senarai pemimpin terkaya dunia? Penyebaran tuduhan tidak berasas ini adalah contoh klasik fitnah yang boleh merosakkan kredibiliti individu tanpa bukti yang sah. Dalam Islam, fitnah adalah dosa besar," katanya.
Beliau berkata tindakan menyebarkan maklumat tanpa menyiasat kebenarannya tidak hanya mencemarkan nama baik individu tetapi juga meruntuhkan kepercayaan masyarakat terhadap sistem politik dan institusi negara.
Ahmad Farhan berkata perbezaan pandangan dalam politik adalah perkara biasa, namun ia perlu dilaksanakan secara matang.
"Serangan peribadi, terutama dengan menyebarkan fitnah, adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan tidak membawa sebarang manfaat kepada rakyat. Kritikan terhadap pemimpin adalah dibenarkan dalam sistem demokrasi, tetapi ia harus tertumpu kepada dasar-dasar yang diperkenalkan, bukannya menyerang peribadi atau menimbulkan tuduhan tidak berasas.
"Sebagai contoh, jika ada pihak yang tidak bersetuju dengan dasar ekonomi yang diperkenalkan Perdana Menteri, ia wajar dibincangkan secara fakta dan ilmiah, bukan dengan mencipta naratif palsu tentang kekayaan peribadinya," katanya.
Ahmad Farhan berkata Anwar sebagai Perdana Menteri sedang giat berusaha menjalin hubungan baik dengan kerajaan negeri, termasuk yang berada di bawah pentadbiran pembangkang dan ia adalah langkah bijak untuk memastikan kerjasama antara kerajaan Persekutuan serta negeri dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Beliau berkata usaha sebegini boleh terganggu jika terdapat unsur fitnah dan politik tidak matang yang cuba memecah-belahkan perpaduan selain kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri memerlukan kepercayaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perisytiharan harta PM
#Anwar Ibrahim
#Ahmad Farhan Fauzi
#data disalah guna
#SPRM
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan