SHAH ALAM: Para peminat politik tanah air dan pengikut Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan berpeluang mengikuti debat secara langsung antara dua calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Rafizi Ramli pada 11 Mei ini pada jam 3 petang.
Ketua Pengarang Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Pengisian Sinar Harian, Rozaid Rahman dalam satu kenyataan berkata, program ‘Berani Semuka: Siapa Layak Bersama Anwar?’ itu akan berlangsung selama satu jam 30 minit dan dihoskan oleh Amin Idris.
Ia akan disiarkan di semua platform Sinar Harian secara langsung.
Kata Rozaid, ‘perdebatan’ antara dua pemimpin masa depan PKR ini bertepatan dengan masanya memandangkan pemilihan jawatan PKR pada tahun ini akan dilihat sebagai petunjuk kepada siapakah yang bakal mengambil alih pucuk pimpinan parti itu daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar telah pun memenangi jawatan presiden tanpa bertanding. Ini sekali gus menyebabkan perebutan kerusi timbalan presiden menjadi tumpuan ramai khususnya dalam kalangan ahli-ahli PKR itu sendiri.
Menurut Rozaid, debat ini juga menjadi medan atau pentas untuk menguji kredibiliti kedua-dua calon berkenaan dalam mengemukakan hujah berkenaan isu semasa dan juga soal kepimpinan dan masa depan PKR.
Format ‘Berani Semuka: Siapa Layak Bersama Anwar?’ ini akan dimulakan dengan sesi pengenalan kedua-dua belah pihak dan kemudiannya diikuti dengan soalan sesama mereka serta daripada moderator.
Program ini pernah menampilkan pertembungan idea tokoh-tokoh hebat tanah air termasuklah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Mujahid Yusof dan bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim yang berdebat mengenai isu dakwaan penyelewengan aset Tabung Haji pada 14 Ogos 2020.
Selain itu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk .Asyraf Wajdi Dusuki juga pernah berdebat dengan Ahli Parlimen Pasir Gudang dari PKR, Hassan Abdul Karim berhubung pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 pada 13 Januari lalu.
Program Berani Semuka menggunakan format diskusi ala pemilihan presiden Amerika Syarikat namun disesuaikan dengan cara masyarakat Malaysia.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Wed May 04 2022
Program Berani Semuka antara Rafizi (kanan) dan Saifuddin akan disiarkan secara langsung jam 3 petang pada 11 Mei ini.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah.
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Kawasan Beris Lalang terbakar lagi
Cuaca panas melampau di Kelantan menyebabkan kebakaran ladang dan semak di kawasan Beris Lalang. Penduduk dan pekebun mengalami kerugian
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Pilpres 2024: Bangunkan lebih banyak fakulti kedoktoran antara janji calon
Calon Presiden Indonesia, Prabowo Subianto berjanji akan membangunkan 300 fakulti kedoktoran jika terpilih memegang jawatan tersebut.
Malaysia bawa suara rakyat Palestin ke Debat PBB, 23 Jan ini
Demi menunjukkan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi Malaysia kepada Palestin, Malaysia akan menghantar delegasi ke Debat Terbuka Peringkat Menteri di Majlis Keselamatan PBB.
Pemilu 2024: Calon presiden Indonesia sertai debat ketiga
Ketiga-tiga calon Presiden itu mengutarakan pandangan mereka mengenai pelbagai isu semasa membabitkan pertahanan, geopolitik dan diplomasi.
Isham sahut cabaran Ahmad Zahid untuk berdebat
Menurut Isham, beliau meletakkan syarat bahawa debat itu mesti berlangsung di gelanggang yang neutral.
Budaya debat secara beradab kini satu keperluan untuk anak muda - Fahmi
Perdebatan secara beradab akan membantu anak muda melontarkan idea bernas dan jelas yang amat bermanfaat untuk pembangunan negara.
Lipas melekat luar tingkap kapal terbang
Rakaman kejadian luar biasa itu mencetuskan perbincangan hangat di media sosial.
Syahir cadang debat isu pendidikan, Fadhlina Siddiq-Haim Hilman
Ahli Parlimen Bachok mencadangkan agenda debat berkaitan isu nasional diteruskan.
Debat Ekonomi: Syahir mohon doa ke Angkasapuri
Budak PASTI ini tidak pernah terfikir suatu hari nanti dia akan berdebat dengan seorang menteri.
PRN: Adam Adli tolak pelawaan debat Syed Saddiq, Ahmad Fadhli terima
Ahmad Fadhli Shaari menerima sahutan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk berdebat mengenai hala tuju anak muda.
PRN: Syed Saddiq ajak Adam Adli, Fadhli Shaari debat hala tuju anak muda
Jelas Ahli Parlimen Muar itu, cadangan debat berkenaan bukan bertujuan memalukan atau membunuh karakter individu tertentu.