awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Deklarasi Rakyat: Hanya MT UMNO boleh putuskan nasib Muhyiddin, Mukhriz - Hishammuddin

Bernama
Bernama
16/03/2016
10:31 MYT
Deklarasi Rakyat: Hanya MT UMNO boleh putuskan nasib Muhyiddin, Mukhriz - Hishammuddin
HISHAMMUDDIN: Selagi Majlis Tertinggi sebut dan berbincang, perkara itu masih tidak diputuskan. - Gambar fail
Hanya Majlis Tertinggi UMNO mempunyai kuasa memutuskan pemecatan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua UMNO Bahagian Jerlun Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir yang digantung daripada jawatan dalam parti.
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata walaupun pelbagai desakan diterimanya untuk memecat kedua-dua pemimpin parti yang terlibat dengan 'Deklarasi Mahathir' itu namun hanya Majlis Tertinggi UMNO yang boleh membuat keputusan itu.
"Saya juga menerima desakan dan juga permintaan bukan sahaja anggota-anggota Majlis Tertinggi tetapi anggota-anggota akar umbi dan saya telah katakan bahawa apa yang penting berhubung perkara itu adalah disiplin parti.
"Saya berpendapat ia akan menjadi isu yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan.
"Selagi Majlis Tertinggi sebut dan berbincang, perkara itu masih tidak diputuskan," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata pihaknya masih mendapatkan pengesahan maklumat terbaru yang diterima berkenaan perluasan dan pembinaan keupayaan ketenteraan oleh China di Laut China Selatan.
Hishammuddin berkata perkara tersebut akan turut dibincangkan bersama Menteri Pertahanan Australia Marise Payne dalam lawatannya ke Kuala Lumpur pada Isnin (21 Mac), bersama dengan isu-isu keselamatan lain.
"Maklumat yang sampai kepada kita dari pelbagai pihak berkait dengan aset-aset ketenteraan yang diletakkan di kepulauan-kepulauan berkenaan dan ini perlu dapat pengesahan," katanya.
Katanya Malaysia juga perlu mendapatkan pendirian Filipina dan Vietnam yang juga mempunyai kaitan secara langsung dalam isu pertindihan tuntutan ini berikutan perubahan jawatan menteri pertahanan kedua-dua negara itu.
"Saya sedia maklum di Filipina ada proses pemilihan presiden baharu dan menteri pertahanannya akan berubah manakala di Vietnam pun menteri pertahanan sedia ada akan melepaskan jawatan bulan depan.
"Jadi dari segi perhubungan dua hala antara dua menteri pertahanan ini, kita kena tengok perkembangannya," katanya sambil menyatakan Malaysia tetap berpendirian untuk menyelesaikan isu pertindihan tuntutan ini secara diplomasi.
Topic Berkaitan
#Deklarasi Rakyat
#Dr Mahathir
#majlis tertinggi
#Muhyiddin
#Mukhriz Mahathir
#Tun Mahathir
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan