awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Deklarasi Rakyat puaskan nafsu ahli politik gila kuasa' - Syed Ali

Astro Awani
Astro Awani
30/03/2016
14:50 MYT
'Deklarasi Rakyat puaskan nafsu ahli politik gila kuasa' - Syed Ali
SYED ALI: 'Deklarasi Rakyat puaskan nafsu ahli politik gila kuasa' - Gambar fail
Deklarasi Rakyat tajaan pembangkang yang kononnya untuk 'menyelamatkan Malaysia' hanya akan memecahbelahkan rakyat terutama orang Melayu.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Abhabshee berkata, rakyat semakin keliru dengan agenda deklarasi tersebut yang lebih cenderung mengajak rakyat menolak kerajaan yang dipilih secara demokrasi.
"Deklarasi tersebut tidak berasaskan kepada usaha menyatupadukan rakyat akibat perseteruan politk yang sempit sebaliknya untuk memuaskan nafsu politik mereka yang gilakan kuasa.
"Deklarasi itu hanya memberi fokus untuk menggulingkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri secara tidak sah dan bercanggah dengan amalan demokrasi serta Perlembagaan.
"Kumpulan ini mengambil kesempatan untuk memecahbelahkan rakyat terutama orang Melayu ekoran kemelut politik negara," ujarnya dalam catatan terbaru di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.
Syed Ali berpendapat, adalah tidak munasabah untuk menjatuhkan Perdana Menteri secara paksaan dengan memperalatkan rakyat menurunkan tandatangan pada deklarasi tersebut.
"Mengapa terlalu ghairah dan gelojoh sangat hendak menjatuhkan Najib dan menggulingkan kerajaan, apakah pembangkang sudah tidak boleh sabar melakukannnya menerusi proses pilihan raya? soalnya.
Agenda tersendiri
Tindakan tersebut ujarnya, menunjukkan pembangkang mempunyai agenda tersendiri dan perkembangan itu boleh mengakibatkan negara akan porak peranda akhirnya.
"Sepatutnya rakyat diberikan peluang secara mutlak dan berdasarkan proses pilihan raya umum seperti yang dibenarkan Perlembagaan dan amalan demokrasi untuk menentukan pilihan.
"Pembangkang dan kumpulan yang anti-Najib sewajarnya menggunakan saluran pilihan raya untuk menukar kerajaan dengan memberi peluang kepada rakyat.
"Pada pilihan raya, rakyat yang berkuasa untuk menentukan pembentukan kerajaan dan pentadbiran negara, biarlah rakyat yang buat pilihan secara rela hati," jelasnya.
Jelas Syed Ali lagi, DAP dilihat lebih berperanan dan menonojol dalam usaha menggerakkan Deklarasi Rakyat berbanding parti pembangkang yang lain.
"DAP lebih ghairah untuk menghancurkan kesatuan orang Melayu menerusi UMNO di samping menjadikan beberapa pemimpin veteran UMNO sebagai batu loncatan.
"Ada segelintir pemimpin UMNO turut bersekongkol menjayakan agenda Deklarasi Rakyat, perbuatan itu amat tidak kena dan bertentangan dengan perlembangaan parti," katanya.
Cetus kekecewaan
Syed Ali berkata, tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sanggup bersekongkol dengan DAP menimbulkan kekecewaan sebahagian besar orang Melayu dan ahli-ahli UMNO.
"Ada yang meluahkan rasa sakit hati dengan tindak-tanduk Dr. Mahathir yang bersatu dengan DAP untuk menjatuhkan Najib, ini tidak sepatutnya dilakukan oleh bekas seorang Perdana Menteri dan Presiden UMNO," tegasnya.
Mengenai kemungkinan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dipecat daripada UMNO, Syed Ali berkata perkara itu terpulang sepenuhnya kepada parti.
"Lembaga Disiplin UMNO difahamkan akan mengambil tindakan terhadap mereka, itu keputusan pucuk pimpinan parti yang tentunya bersikap adil berdasarkan tindak-tanduk mereka," katanya.
Sebelum ini, Syed Ali secara terbuka menasihatkan Muhyiddin dan bekas Menteri Besar Kedah itu kembali semula ke pangkuan UMNO sebelum terlanjur mengkritik parti dan pentadbiran Najib.
Topic Berkaitan
#DAP
#Deklarasi Rakyat
#Dr Mahathir
#najib
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan