PERTAMA sekali saya ucapkan terima kasih kepada Rafizi Ramli kerana telah memberi respon panjang lebar terhadap persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh saya. Walaupun selama ini saya diiktiraf oleh Rafizi sebagai budak pengangkat beg.
Jawapan-jawapan yang diberikan oleh Rafizi itulah yang memang saya mahukan sebagai bukti dan pengesahan untuk beberapa tindakan selanjutnya. Selain itu, jawapan-jawapan yang diberikan oleh Rafizi juga telah menimbulkan beberapa lagi persoalan-persoalan baru yang mengejutkan. Dan menunjukkan betapa liciknya Rafizi cuba memperdayakan orang ramai dengan cara yang salah. Tak mengapa, kita selesaikan satu persatu.
Sebelum saya pergi lebih jauh, terlebih dahulu saya mahu memberitahu Rafizi, darjah kebesaran yang saya terima tidak membawa gelaran Datuk Seri sepertimana yang anda catitkan. Hanya membawa gelaran Dato' sahaja. Ish...ish...ish...jangan angkat saya tinggi sangat. Kan anda kata saya hanya budak pengangkat beg sahaja?
Tentang dakwaan Rafizi bahawa saya telah melanggar Peraturan 21 (I) dengan mengambil bahagian dalam politik
Saya tidak memegang apa-apa jawatan dalam politik, hatta sebagai pemeriksa kira-kira di peringkat cawangan sekali pun tidak.
Tentang dakwaan saya berkempen secara rasmi dalam PRK Kuala Kangsar
Itu adalah pembohongan yang nyata. Saya tidak pernah menyertai dari sekecil-kecil hinggalah ke sebesar-besar kempen dalam PRK berkenaan. Sepanjang PRK itu saya hanya sekali ke Kuala Kangsar untuk mengikuti sidang media Rafizi berhubung dakwaan-dakwaan fitnah yang dilemparkan terhadap majikan saya. Saya mahu mendengar dengan teliti apa yang diungkapkan beliau terhadap majikan saya. Malangnya Rafizi telah menghalang saya dari mengikuti sidang medianya. Dan berlaku sedikit kekecohan di pintu masuk.
BACA: Rafizi akan keluarkan jawapan bersifat 'politik' untuk alihkan isu?
Tentang merasmikan mesyuarat Pemuda Umno
Kehadiran saya adalah atas jemputan. Dan saya telah memastikan bahawa kehadiran saya tidak melanggar sebarang peraturan pegawai awam. Saya harap Rafizi jangan dengki dengan saya dalam hal ini. Tidak munasabah pula untuk Pemuda Umno menjemput Rafizi bagi merasmikan mesyuarat mereka. Saya faham emosi dan perasaan Rafizi sekarang ini. Saya faham beliau mudah tersentuh sekarang kerana semakin dipinggirkan dalam PKR. Telah lama dia tidak berucap atas pentas parti di depan ahli-ahli parti sendiri. Hingga terpaksa membawa diri bersama sebiji lori untuk berceramah depan puluhan orang sahaja.
Tentang dakwaan mengeluar kenyataan-kenyataan politik
Saya tidak pernah membuat sidang media, kenyataan media sepertimana yang sering dilakukan oleh Rafizi. Saya hanya menulis dan meluahkan pendapat saya di Facebook peribadi sepertimana yang rakyat Malaysia lain lakukan. Dengan tulisan FB budak pengangkat beg pun Rafizi takut ke?
Melihat kepada Rafizi yang mahu melaporkan saya kepada pihak atasan, bermakna saya telah membangkitkan perkara yang sensitif kepadanya. Yang boleh membawa kesan besar terhadapnya. Saya mencabar Rafizi meneruskan aduan terhadap saya, dan saya bersedia terima hukuman sekiranya bersalah. Rafizi juga harus bersedia jika ada tindakan yang diambil terhadap syarikatnya yang giat mengutip derma dari orang ramai.
Sekian untuk pusingan kali ini. Kita akan jumpa lagi di pusingan akan datang.
*Datuk Rizal Mansor merupakan Pegawai Tugas-Tugas Khas Perdana Menteri
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Rizal Mansor
Sat Sep 23 2017
Rizal berkata, kehadirannya merasmikan mesyuarat Pemuda Umno adalah atas jemputan dan beliau telah memastikan perbuatan itu tidak melanggar sebarang peraturan sebagai pegawai awam. - Gambar fail
PRK KKB: Keputusan diramal kekal dimenangi penyandang
Sivamurugan berkata, ia banyak ditentukan mengikut situasi yang bakal berlaku dalam tempoh lima hari terakhir dan peratusan keluar mengundi kelak.
'Saya perlu dapatkan semula keyakinan diri' - Zii Jia
Lee Zii Jia mengakui perlu mendapatkan semula keyakinan diri selepas tewas kepada nombor satu dunia Viktor Axelsen semalam.
Selangor sasar noktah miskin tegar Julai ini - MB
Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Selangor merekodkan sejumlah 861 keluarga masih berada dalam kategori miskin tegar.
Mesir-Perancis bincang gencatan senjata, bantuan kemanusiaan di Gaza
Mereka menekankan keperluan segera untuk gencatan senjata dan membincangkan beberapa inisiatif yang bertujuan menyelesaikan krisis tersebut.
Kitaro di Festival Muzik Hutan Hujan Dunia 2024
Kitaro bakal membuat persembahan pada Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) 2024 pada 28-30 Jun ini.
PH kerja keras pertahan DUN KKB, tidak mahu berasa selesa
Walaupun berjaya menguasai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) selama tiga penggal sejak 2013, namun ia bukanlah tiket untuk Pakatan Harapan (PH) berasa selesa.
MDKpr nafi curi haiwan ternakan dalam kandang
Ahmad Suqairy berkata haiwan itu ditangkap dalam operasi oleh Bahagian Penguatkuasaan MDKpr pada 23 Apr lalu di kawasan Kolej TAR.
488 acara dipertandingkan di SUKMA Sarawak 2024 - MSN
Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) secara rasmi bersetuju menawarkan sejumlah 488 acara dipertandingkan pada temasya SUKMA Sarawak 2024.
Petronas Dagangan catat jualan lebih 16 bilion liter bahan api pada 2023
PDB merekodkan peningkatan perolehan sebanyak dua peratus didorong jumlah jualan lebih tinggi dan keuntungan selepas cukai yang meningkat.
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$1.61 bilion, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.
'Bila boss?' - Sian See tuntut janji Rafizi
Pempengaruh media sosial, Lim Sian See memberi peringatan kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berhubung jemputan untuk muncul dalam program podcast 'berjudul, ang Bakar Menteri'.
Hina Raja Perlis, peniaga dihadap ke mahkamah
Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas kesalahan menghantar perkhidmatan komunikasi jelik mengenai Raja Perlis di laman Facebook pada Mac lalu.
Kerajaan pantau konflik Asia Barat, pastikan keselamatan rakyat terjamin - PM Anwar
Kerajaan akan terus memantau dengan teliti perkembangan konflik di Asia Barat dan mengambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia, sentiasa terjamin.
Facebook pernah pertimbang bayar pengguna untuk data penggunaan
Facebook dikatakan pernah suatu ketika dahulu mempertimbangkan untuk membayar pengguna yang menggunakan platform berkenaan. Namun, idea berkenaan ditolak dan tidak diteruskan.
Peniaga sayur warga emas rugi hampir RM1 juta angkara 'phone scam'
Seorang peniaga sayur di Cameron Highlands kerugian RM958,088 akibat diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon atau 'phone scam' yang menyamar sebagai pegawai bank di Dubai, tahun lalu.
Aidilfitri: 1.9 juta kenderaan dijangka guna Lebuhraya KLK - ANIH Berhad
Lebih 1.9 juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya KL-Karak (KLK) dan 882,000 kenderaan menggunakan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), bagi tempoh 11 hari bermula hari ini.
'Call centre' pelaburan tidak wujud diserbu, 40 ditahan
Polis Johor menahan seramai 40 individu dipercayai terbabit dengan sindiket yang menawarkan pelaburan tidak wujud setelah menyerbu sebuah premis perniagaan yang dijadikan sebagai 'call centre'.
Malaysia hantar 1,500 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza setakat ini - Mohamad
Malaysia setakat ini telah menghantar lebih 1,500 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui inisiatif Ops Ihsan dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang lain.