awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Desas-desus rombakan Kabinet: Kor Ming yakin PM ada pelan terbaik

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
23/09/2023
15:31 MYT
Desas-desus rombakan Kabinet: Kor Ming yakin PM ada pelan terbaik
Kor Ming berkata kuasa melantik anggota Jemaah Menteri adalah tertakluk kepada budi bicara perdana menteri. - Gambar fail/BERNAMA
IPOH: Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai pelan terbaik dalam menstrukturkan semula pentadbiran kerajaan di sebalik desas-desus rombakan Kabinet dalam tempoh terdekat.
Tanpa mengiya atau menidakkan, Ahli Parlimen Teluk Intan itu berkata kuasa melantik anggota Jemaah Menteri adalah tertakluk kepada budi bicara perdana menteri.
Walau bagaimanapun, Naib Pengerusi DAP Kebangsaan itu berkata, semua pihak harus meletakkan kepercayaan kepada Anwar dalam membuat sebarang keputusan yang terbaik untuk pentadbiran negara.
“Saya rasa perdana menteri memang sudah ada pelan yang terbaik, (kerana) beliau adalah strategis yang hebat.
“Malah beliau adalah ‘jurujual’ terbaik untuk negara di pentas dunia. Justeru beliau tahu apa yang terbaik untuk negara.
“Mana-mana menteri yang dipilih oleh beliau wajib (menjadi seorang yang) hebat, (boleh) berkhidmat, dan berbakti, ” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Perayaan Kuih Bulan Octagon di Jalan Theater, dekat sini pada Sabtu.
Hadir sama ialah Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Jenny Choi Tsi Jen; Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin serta Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Perak (PCCCI), Datuk Liew Chee Ming
Kor Ming bagaimanapun tidak mengulas lanjut berhubung dakwaan rombakan Kabinet itu, sebaliknya menyerahkan kepada Anwar selaku Perdana Menteri untuk menjelaskannya sebaik pulang ke tanah air dari Amerika Syarikat.
"Saya yakin kepada kepimpinan beliau yang kini mendapat sanjungan tinggi di pentas dunia khususnya semalam apabila menyampaikan Kenyataan Negara pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)” katanya lagi.
Beberapa media sebelum ini melaporkan desas-desus rombakan kabinet Kerajaan Perpaduan dijangka berlaku selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Pahang pada 7 Oktober depan.
Perkara itu didedahkan oleh seorang pemimpin kanan DAP yang enggan dinamakan dengan menjangkakan Anwar akan meneliti prestasi calon gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) pada PRK itu.
Topic Berkaitan
#rombakan kabinet
#Nga Kor Ming
#jemaah menteri
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan