awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Ulama beri penghormatan kepada bekas ahli PAS yang terkorban di Syria

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
17/09/2014
08:32 MYT
Dewan Ulama beri penghormatan kepada bekas ahli PAS yang terkorban di Syria
Penghormatan tersebut diberikan apabila perwakilan Perak, Norazli Musa meminta perwakilan Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat ke-53 supaya menyedekahkan bacaan al-Fatihah - Foto Bernama
Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Mohd Lofti Ariffin yang terkorban di Syria baru-baru ini diberi penghormatan oleh Dewan Ulama PAS Pusat.
Penghormatan tersebut diberikan apabila perwakilan Perak, Norazli Musa meminta perwakilan Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat ke-53 supaya menyedekahkan bacaan al-Fatihah kepada Mohd Lotfi Ariffin.
Ketika menutup ucapan perbahasannya, Norazli menyifatkan Mohd Lotfi sebagai 'syahid' ketika menyertai perjuangan di Syria.
"Muktamirin sekalian marilah kita sedekah al-Fatihah kepada bekas Exco Pemuda Pas Kedah, Mohd Lotfi.
"Syahid Lotfi gugur di bumi Syria...al-Fatihah," katanya.
Mohd Lotfi,46, dari Kuala Ketil, Kedah, berjuang di Syria bersama pergerakan Ajnad As Syam.
Beliau cedera parah ketika pusat militan di Timur Hama dibom dan dihantar ke hospital di Hatay, Turki.
Jenazah Mohd Lotfi dikebumikan di Turki.
Mohd Lotfi yang juga merupakan rakyat Malaysia ketiga terkorban di Syria.
Dua lagi rakyat Malaysia yang terkorban di Syria sejak 10 Ogos lalu ialah Zainan Harith yang dikenali sebagai Abu Turob serta Ahmad Tarmimi Maliki, 26, yang terkenal selepas kematiannya kerana menjadi pengebom berani mati yang pertama dari negara ini.
Mohd Lotfi ditahan ISA pada Ogos 2001 hingga September 2003 kerana terlibat dengan Kumpulan Militan Malaysia (KMM).
Mohd Lotfi pernah terlibat dalam dua konflik berasingan di Tajikistan dan Poso Sulawesi.
Topic Berkaitan
#Kelantan
#Lofti Ariffin
#Muktamar Pas
#Nik Aziz Nik Mat
#Pakatan Rakyat
#pemuda
#Suhaizan Kaiat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan